11 August 2013

Auni berbaju kurung

Selamat sejahtera kepada semua kurung.


Kanak-kanak agak sukar untuk dipakaikan baju kurung kerana takut kurang selesa tetapi apabila Hari Raya,  bayi pun diberi baju raya bukan? (ada ker?) Hehehe

Pada Raya Tahun lepas Auni telah dipakaikan baju raya tetapi Auni belum boleh berjalan. Oleh sebab itu, Auni kurang terserlah berbaju kurung.

Pada tahun ini, Auni telah boleh berjalan dengan lancar dan cukup sesuai untuk berbaju kurung. 2 helai baju kurung telah ditempah bersama Mrs Sop. Cukup seronok melihat Auni berbaju kurung.

Galeri gambar:






Sejarah Baju Kurung
Dari segi sejarahnya, baju kurung dikatakan mempunyai kaitan dengan pakaian 'djallabiyah' yang berasal dari Mesir di mana ia diertikan sebagai baju longgar. Adalah sukar untuk membuktikan dengan tepat sejak bilakah baju kurung mula dicipta dan dipakai oleh masyarakat Melayu. Persoalan tentang siapa yang mula-mula menghasil dan memakainya timbul kerana baju kurung dalam bentuk asalnya telah dipakai oleh pelbagai etnik di wilayah Nusantara. Berdasarkan beberapa maklumat;

  • Archjadi Judi (1986), baju kurung telah diperkenalkan di Indonesia oleh pedagang Islam dan India. Walau bagaimanapun, potongan baju ini juga dipercayai telah menerima pengaruh Timur Tengah seperti potongan leher berbentuk tunik, iaitu bentuk leher yang mula-mula dipakai oleh orang Arab zaman silam.
  • Semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka pula, penduduknya telah mempunyai pakaian mereka sendiri, iaitu pakaian baju kurung melayu asal, baju yang dipakai oleh mereka ketika itu dalam keadaan ketat dan singkat berbeza daripada baju kurung sekarang yang longgar dan labuh. Berdasarkan maklumat Sejarah Melayu, Tun Hassan Temenggung merupakan orang pertama mengubah suai bentuk baju kurung asal kepada bentuk baju Melayu yang dipakai kini.
  • Seorang pengkaji sejarah pakaian dan tekstil, Gettinger (1979) pula telah menyatakan baju kurung merupakan pakaian yang dipakai oleh penari istana di Palembang. Beliau juga menyatakan pakaian tersebut popular di Sumatera pada abad ke-20.
  • Tenas Effendy (1989) telah mengumpul ungkapan orang tua di daerah Riau, daerah rumpun Melayu yang terdekat dengan Malaysia (Semenajung Tanah Melayu) tentang baju kurung. Baju kurung yang digambarkan oleh beliau ialah baju kurung teluk belanga atau baju kurung yang dijahit dengan jahitan tulang belut di bahagian leher yang nampak halus dan rapi. Pakaian ini merupakan pakaian wanita yang bersopan dan juga pakaian setiap ahli dalam golongan masyarakat untuk pelbagai majlis dan adat.
  • Mengikut Siti Zainon (2006) pula, baju kurung ialah pakaian yang popular di kalangan orang Melayu. Pakaian ini merujuk kepada pola panjang untuk baju wanita, manakala pola pendek untuk baju lelaki. Baju kurung mempunyai ciri khusus yang membezakannya dengan pakaian lain. Pengertian kurung mempunyai persamaan dengan konsep pakaian menutup anggota tubuh. Ciri ini didapati menepati dengan konsep cara Melayu selepas kedatangan Islam. Beliau juga telah mendapati pelbagai jenis kurung mendapat inspirasi daripada baju kurung, antaranya ialah Kurung Pahang, Kurung Kedah, Kurung Cekak Musang dan Kurung Teluk Belanga. Kini baju kurung yang labuh paras lutut hanya disebut sebagai baju kurung sahaja dan telah dikhususkan untuk pakaian wanita.


EmoticonEmoticon