05 July 2013

Terima hadiah peraduan teka dan menang

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Burung datang hantar hadiah tersebut :)
Ucapan terima kasih Sop ucapkan kepada Cik Normi yang telah menghantar hadiah peraduan teka dan menang yang beliau anjurkan. Hadiah tersebut telah selamat sampai ke tangan Sop dalam minggu ini tetapi baru hari ini berkesempatan untuk membuat entry.

Dimaklumkan hadiah pertama di hantar tidak sampai, tidak pasti dimana silapnya. Posmen tercicir atau ada orang lain ambil. Banyak kemungkinan bukan? Risiko apabila menggunakan pos biasa  :)

Hadiah yang dihantar cukup istimewa iaitu key chain Arsenal dan Kelantan. Terima kasih Sop ucapkan kepada Cik Normi.

Hadiah yang diterima
Jika ada peraduan lagi, jemput-jemput lah Sop lagi. Hehehehe


EmoticonEmoticon