Telatah Auni belajar bersolat

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Kanak-kanak suka mengikut apa perbuatan orang disekeliling beliau. Ia merupakan proses belajar melalui pemerhatian dan akan cuba mengikutinya walaupun tidak faham apa tingkahlaku tersebut. Oleh itu, adalah penting ibubapa dan keluarga memberi contoh yang baik untuk diikuti.

Auni beruntung kerana ada abang-abang yang sedang membesar. Banyak tingkah laku yang boleh Auni belajar dan ikut. Biasanya Auni akan ikut abang-abangnya bermain dan perbuatan lain.

Telatah Auni belajar bersolat
Gaya bersolat hasil pemerhatian

Meniru aktiviti solat
Solat merupakan tingkahlaku yang sering Auni lihat. Umat Islam akan menunaikan solat 5 waktu sehari oleh itu Auni sering melihat aktiviti solat tersebut sama ada Sop, Mrs Sop, Azfar, Azwar atau atuk dan neneknya. Walaupun tanpa diajar atau di suruh, Auni mula meniru pergerakan solat. Pantang dihampar sejadah, Auni dulu yang akan berada di atasnya.

Telatah Auni belajar bersolat
Lihat hamparan sejadah, Auni dulu yang datang bersolat :)

Aktiviti solat yang Auni boleh ikut ialah takbir dan sujuk + rukuk (tertonggeng). Pembelajaran yang mengembirakan hati ibubapa apabila anak-anak ingin belajar dan mengikut aktiviti solat. Namun ada kala perlu dikawal juga kerana ada ketika sedang bersolat, Auni dengan hebatnya solat di depan kita. Susah pula kita hendak solat. Oleh itu, Azfar dan Azwar sering ditugaskan menjaga Auni agar tidak mengganggu ketika solat. Ada masanya juga terpaksa letak sejadah lagi satu di tepi kita khas untuk Auni.

Telatah anak-anak
Itulah telatah anak-anak yang menghiburkan kita. Walaupun penat atau letih, apabila melihat telatah anak-anak kita akan gembira. Betul tak?

Beberapa telatah lain yang mencuit hati ialah berjoget apabila mendengar muzik, mengosok gigi, memakai baju sendiri, berbual apabila mendapat telefon dan lain-lain lagi.

Apa telatah anak anda yang paling anda suka?
Previous
Next Post »