12 July 2013

Sambutan birthday Auni dan Ramadhan 2013

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Entry yang agak ketinggalan kerana ceritanya bermula sebelum puasa tetapi baru kesempatan untuk mengarang. Ini kerana selepas sambutan ini, Sop terus ada urusan kerja di A'famosa Melaka (pun belum sempat keluar entry) dan balik esoknya puasa :)

Sambutan birthday Auni dan Ramadhan
Auni dress merah menyala :)

Sambutan birthday Auni yang terlewat sebenarnya tetapi kebetulan ada makan-makan keluarga untuk Ramadhan ini, kami bercadang buat sekali gus. Bukan ada sambutan sangat pun, sekadar makan-makan keluarga dan beli sebijik kek sahaja untuk menghias sambutan. Sepupu Auni (Alya) juga lahir pada bulan yang sama jadi diadakan sekali sambutanya :)

Sambutan birthday Auni dan Ramadhan
Pertama kali melihat lilin :)
Menariknya dalam sambutan birthday ini ialah Auni terpegun dengan lilin yang berada di atas kek. Nampak sangat sesuatu yang baru buat Auni. Apa agaknya yang Auni fikir apabila melihat lilin tersebut?

Selamat ulang tahun kelahiran pertama buat Auni dan semoga akan membesar menjadi anak kebanggaan Papa dan Mama :)

Galeri gambar:

Sambutan birthday Auni dan Ramadhan

Sambutan birthday Auni dan Ramadhan

Sambutan birthday Auni dan Ramadhan

Sambutan birthday Auni dan Ramadhan
Alya birthday girl juga

Sambutan birthday Auni dan Ramadhan

Sambutan birthday Auni dan Ramadhan

Sambutan birthday Auni dan Ramadhan
Terpegun melihat lilin :)


EmoticonEmoticon