Menonton filem Despicable Me 2 (2013)

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sudah menonton filem Despicable Me 2 (2013)?
Filem ini dikenali dengan filem 'hidung tajam' oleh anak-anak Sop kerana heronya berhidung tajam sangat :)

Kami baru sempat menonton Sabtu lepas di MBO Festival City. Film yang baru sahaja keluar dan mendapat sambutan terutama yang bekeluarga. Ramai yang membawa anak-anak sama seperti Sop :)

Bagi yang ada anak, memang perlu membawa menonton filem Despicable Me 2 (2013) ini kerana ia sebuah filem menyeronokkan. Gelak ketawa bukan sahaja boleh kedengaran suara kanak-kanak tetapi suara orang dewasa juga. Sop sendiri tidak henti-henti gelak kerana banyak babak yang cukup menghiburkan.

Perjalanan cerita Despicable Me 2 (2013) adalah menarik dan ia kesinambungan daripada filem yang pertama. Bagi yang pernah menonton siri pertama pasti dapat merasakan hubungkait watak dengan jalan cerita.

Secara keseluruhan, Sop dan keluarga sangat sukakan filem Despicable Me 2 (2013) kerana sangat menghiburkan. Sop bagi 4.5/5 bintang untuk filem Despicable Me 2 (2013).

Previous
Next Post »