Latih anak solat tarawih di surau

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Malam tadi adalah hari pertama tarawih dan pasti ramai yang bersemangat untuk menunaikannya. Rata-rata surau atau masjid dipenuhi dengan jemaah.

Untuk malam pertama, Sop juga membawa Azfar dan Azwar bersama untuk solat Isyak dan tarawih. Pendedahan yang dilakukan secara berperingkat terutama Azfar yang telah berumur 7 tahun. Masing-masing teruja apabila diajak untuk ke surau.

Berdasarkan pengalaman tahun lepas, mereka banyak bermain daripada bersolat tarawih. Keadaan biasa apabila bersama kanak-kanak lain. Cuma ketika solat Isyak, Sop pastikan mereka solat sepenuhnya.

Teringat masa Sop kecil dulu pun lalui perkara yang sama. Semasa solat tarawih, rakan-rakan banyak bermain di bawah. Masa tamat solat tarawih baru naik balik untuk makan moreh :)

Paling penting ialah latihan selalu di bawa ke masjid menjadikan Sop tidak kekok untuk kr masjid bila besar. Kesan boleh dilihat pada rakan-rakan yang semasa kecil kurang dibawa ke masjid yang mana apabila besar kelihatan agak sukar untuk ke masjid walaupun dibulan Ramadan.

Latihan dan pengalaman tersebut sangat penting kepada kanak-kanak. Ibubapa tidak boleh fikir anak-anak ke masjid hanya menggangu dan bermain sahaja. Pengawasan dan didikan juga perlu diberikan dalam masa yang sama. Macam Sop telah bagi amaran awal-awal sebelum ke surau lagi :)

Anda bawa anak ke masjid atau surau untuk tarawih?

Previous
Next Post »