Kanak-kanak dan bunga api

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Bunga api tidak asing lagi setiap kali musim perayaan. Tidak kira apa jenis perayaan, bunga api pasti akan dimainkan oleh kanak-kanak.

Lebih meriah main bersama :)
Hari Raya dan bunga api telah lama bersatu. Sop tidak pasti sejak bila kerana zaman Sop kecil lagi telah ada bunga api dan mercun. Cuma ketika itu, mercun tidak diharamkan oleh kerajaan. Namun ketika itu kes-kes mercun buatan sendiri semakin meningkat dan bertambah. Akhirnya kerajaan mengharamkan penjualan mercun dan bunga api.

Walaupun telah diharamkan, setiap tahun bunga api dan mercun masih ada dijual. Cuma sekarang ini tidak semeriah seperti dulu yang mana mercun yang dijual secara bebas.

Suasana bermain bunga api dan pelita lebih meriah di kampung berbanding di bandar. Di kampung kawasan luas dan lebih bebas. Sekarang ini, anak-anak Sop boleh bermain di rumah nenek mereka sahaja. Itupun di kawasan tangga yang mana keadaan kurang sesuai. Kurang pengudaraan dan kawasan sempit.

Namun ia tidak mengganggu keseronokkan bermain bunga api tersebut. Namun pengawasan ibubapa perlu sepenuhnya. Keadaan sangat berbahaya jika dibiarkan mereka bermain.

Maklumat tentang bunga api dipetik dari Wikipedia seperti berikut:
Bunga api ialah sejenis peralatan yang dibina menggunakan bahan letupan lemah yang bertujuan sebagai estetik dan hiburan. Pameran bunga api ialah pertunjukkan yang menggunakan peralatan tersebut untuk menimbulkan efek bunga api tersebut.
Bunga api digunakan dengan meluas untuk menghasilkan empat kesan utama: bunyi, api/cahaya yang berwarna, asap dan bahan terapung (seperti konfeti) melalui pembakaran bahan-bahan tertentu seperti serbuk letupan, sulfur dan pelbagai jenis bahan kimia yang lain.
Bergantung kepada rekaan pakar bunga api, ianya dihasilkan untuk mengeluarkan api dan asap berwarna yang mengandungi satu atau lebih warna, iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, ungu dan perak.
Bunga api telah dicipta oleh orang Cina purba pada kurun ke-12 untuk menghalau roh-roh jahat, dimana ianya direka melalui penambahbaikan ubat bedil Cina. Pertunjukan bunga api dianggap penting kepada kaum Cina apabila ianya digunakan sehingga sekarang iaitu melalui sambutan Tahun Baru Cina, dan sambutan perayaan Kuih Bulan. Negara China merupakan pembekal dan pengeksport utama bunga api di dunia.

Anda sudah bermain bunga api? Hehehe

Galeri gambar:

Kanak-kanak dan bunga api

Kanak-kanak dan bunga api

Kanak-kanak dan bunga api

Kanak-kanak dan bunga api

Kanak-kanak dan bunga api

Kanak-kanak dan bunga api

Kanak-kanak dan bunga api

Previous
Next Post »