Firenzzi Garment Steamer - Steam Iron

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah dengar tentang Garment Steamer?
Sop pun baru tahu tentang Garment Steamer ini. Sebelum ini, Sop kenal dengan Steam Iron sahaja. Huhuhu

Sejak sterika Sop nazak hari itu, kami telah bercadang untuk mendapatkan Garment Steamer - Steam Iron ini kerana kelihatan lebih mudah dan baik. Sedangkan kedai baju semua menggunakan Garment Steamer - Steam Iron ini. Ia menguatkan pendapat Sop tentang Garment Steamer - Steam Iron ini mudah berbanding sterika biasa.

Mulanya Sop melihat jenama Philips di pasaran tetapi harga boleh tahan. Jadi kami masukkan dalam senarai 'wishlist' yang mana akan mendapatkan suatu hari nanti (mungkin tunggu iron sekarang rosak terus kot Hehehe) Selain jenama Philips, terdapat jenama lain yang ada di pasaran tetapi tidak banyak yang boleh dilihat. Harga Garment Steamer - Steam Iron bermula RM 200 hingga RM1000 bergantung kepada jenama.

Firenzzi Garment Steamer - Steam Iron

Setelah beberapa lama berada dalam 'wishlist' akhirnya memiliki Garment Steamer - Steam Iron menjadi kenyataan. Jenama yang Sop beli ialah Firenzzi Garment Steamer - Steam Iron yang mana lebih murah dan aksesori lebih banyak berbanding jenama Philips. Firenzzi Garment Steamer - Steam Iron Sop jumpa di laman web dan pembelian online terus dibuat.

Pertama kali menggunakan Firenzzi Garment Steamer - Steam Iron agak kekok juga kerana sebelum ini hanya mengguna sterika biasa. Agak sukar apabila belum menyesuaikan diri menggosok baju tanpa papan penggosok.

Firenzzi Garment Steamer - Steam Iron
Cubaan pertama menggosok
Walaupun pertama kali menggosok, Sop dapat merasakan ia mudah untuk menghilangkan kedutan pada pakaian. Ini kerana wap panas yang keluar melembutkan kain dan menghilangkan kedutan tersebut. Namun harus berhati-hati kerana wap air tersebut betul-betul panas!

Firenzzi Garment Steamer - Steam Iron
Sebelum di pasang
Firenzzi Garment Steamer - Steam Iron, disertakan beberapa aksesori yang membantu ketika menggosok baju iaitu sarung tangan, penyidai dan kertas keras untuk alas di bahagian tertentu.

Rumusannya, Firenzzi Garment Steamer - Steam Iron ini sangat mudah untuk menggosok pakaian terutama jenis kain nipis.

Firenzzi Garment Steamer - Steam Iron

Kepada yang berminat dengan Garment Steamer - Steam Iron, sila rujuk di pasar raya yang berhampiran. Tetapi jika hendak mendapatkan jenama Firenzzi Garment Steamer - Steam Iron, Sop boleh bantu dapatkan dengan harga RM250 sahaja. Penghantaran percuma :) Jaminan produk Firenzzi Garment Steamer - Steam Iron ialah 1 tahun.

Wah dah jadi businessman :) Hehehehe

Firenzzi Garment Steamer - Steam Iron

Video penggunaan Firenzzi Garment Steamer - Steam Iron (model lama):

Previous
Next Post »