28 July 2013

Celcom PortaWiFi di Bazaar Ramadan

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Berapa Bazaar Ramadan yang telah anda pergi?
Semalam Sop berkesempatan ke Bazaar Ramadan Bandar Baru Sentul untuk mendapatkan juadah berbuka. Semasa di Bazaar Ramadan Bandar Baru Sentul, kelihatan ada van Celcom di situ dengan logo WiFi besar di atasnya. Rupanya Celcom sedang mempromosikan PortaWiFi di Bazaar Ramadan.

Celcom PortaWiFi di Bazaar Ramadan
Van Celcom PortaWiFi di Bazaar Ramadan Bandar Baru Sentu
Bersama van Celcom tersebut, terdapat "Orang Biru" yang teguh berdiri di situ. Pengunjung yang datang ke Bazaar Ramadan boleh bergambar dengan beliau. Disamping itu, pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat tentang Celcom PortaWifi dan mencuba sendiri PortaWifi tersebut.

Celcom PortaWiFi di Bazaar Ramadan
Mencuba sambungan PortaWiFi
Apa itu Celcom PortaWiFi?
PortaWiFi adalah alat untuk anda menikmati WiFi peribadi ke mana sahaja anda pergi. Dengan pelan "Celcom First Data", pengguna boleh menggunakan PortaWiFi dimana sahaja sama ada di di rumah, luar rumah malah di dalam kereta. Kini WiFi akan mengikuti dimana sahaja anda pergi bukan seperti dahulu, pengguna perlu mencari WiFi :)

Dengan PortaWiFi, pengguna boleh menikmati kelebihan seperti berikut:

  • Kongsi akses internet sehingga 5 gajet
  • Melayari internet dengan keljuan sehingga 21Mbps
  • Mendapat 10GB data internet
  • Rangkaian talian internet terluas dan terpantas

Celcom PortaWiFi di Bazaar Ramadan
Sempat bergambar dengan Orang Biru Celcom
Berdasarkan maklumat pertugas Celcom, van Celcom PortaWiFi akan menjelajah beberapa tempat untuk menyampaikan maklumat PortaWiFi tersebut. Semalam van Celcom PortaWiFi telah berada di Bazaar Ramadan Setapak Jaya dan esok mereka akan berada di Bazaar Ramadan Taman Tun Dr Ismail. Van Celcom PortaWiFi ini akan menjelajah ke negeri lain juga nanti. Bagi mereka yang mengunjungi Bazaar Ramadan dan ternampak van Celcom PortaWiFi ini, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat tentang PortaWiFi. Sila alami sendiri PortaWiFi dengan mencubanya serta jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan "Orang Biru" Celcom tersebut :)

Celcom PortaWiFi di Bazaar Ramadan

Celcom sedang mengadakan promosi PortaWiFi percuma apabila anda mendapatkan Pelan Data Celcom First dan nikmati rebet RM120 bil bulanan anda. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.celcom.com.my/personal/promotion/wifi?pid=1360826467841

Celcom PortaWiFi di Bazaar Ramadan
Pelan yang ditawarkan dengan PortaWiFi
Pada pandangan Sop, untuk perjalanan balik kampung musim perayaan ini adalah masa sesuai untuk mendapatkan PortaWiFi ini kerana anda boleh mendapat sambungan internet sepanjang perjalanan. Bukan anda sahaja boleh menikmati internet dalam perjalanan tetapi seluruh penumpang. Anak-anak Sop boleh membuat sambungan internet melalui tablet mereka sepanjang perjalanan balik kampung. Menarik bukan apabila kereta seolah-olah sebuah 'router'?

Celcom PortaWiFi di Bazaar Ramadan
PortaWiFi pada kenderaan
Selain dipasang pada kenderaan, PortaWiFi juga boleh digunakan di rumah dengan sambungan elektrik dan juga pada komputer. Dengan PortaWiFi, internet akan sentiasa bersama-sama anda.

Celcom PortaWiFi di Bazaar Ramadan
Sambung pada kederaan, plug elektrik atau laptop
Kepada yang berminat untuk mendapatkan PortaWiFi ini, sila ke The Blue Cube berhampiran anda atau layari www.celcom.com.my/personal/promotion/wifi?pid=1360826467841 untuk maklumat lanjut.

Celcom PortaWiFi di Bazaar Ramadan
Sila dapatkan maklumat PortaWiFi jika terserempak dengan can Celcom PortaWiFi ini


EmoticonEmoticon