04 July 2013

Burger Bakar Abang Burn, Ampang, Selangor

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Burger Bakar Abang Burn Ampang

Burger Bakar Abang Burn bukan asing lagi sekarang ini. Rata-rata telah mencuba sendri burger yang cukup popular sekarang ini. Walaupun begitu, Sop baru sahaja berkesempatan merasai sendiri Burger Bakar Abang Burn ini.

Terdapat banyak cawangan Burger Bakar Abang Burn ini dan cawangan yang Sop pergi ialah Bandar Baru Ampang. Jika tidak silap, telah wujud 14 jajahan (cawangan) Burger Bakar Abang Burn sekarang ini.

Burger Bakar Abang Burn Ampang
Beef Supremo Cheesy
Teruja juga untuk pertama kali mencuba Burger Bakar Abang Burn ini. Ingin tahu rasa sebenar Burger Bakar Abang Burn yang diceritakan oleh mereka yang telah pergi.

Apa yang menarik perhatian Sop mengenai Burger Bakar Abang Burn ialah pelbagai jenis menu burger yang disediakan. Hendak tebal, nipis, ayam, daging, kambing dan sebagainnya. Pilih sahaja menu yang tertulis pada kaunter. Harga burger mengikut jenis burger yang ditawarkan. Boleh tahan harga sebijik burger di Burger Bakar Abang Burn ini :)

Burger Bakar Abang Burn Ampang
Meatball Wedges
Selain burger, menu lain yang dijual di Burger Bakar Abang Burn ialah Meatball and Wedges. Harga lebih kurang IKEA tetapi rasa tidak sama. Secara jujurnya, Sop lebih suka meatball IKEA. Kuah meatball Burger Bakar Abang Burn agak masin.

Burger Bakar Abang Burn Ampang

Berdasarkan pemerhatian Sop, Burger Bakar Abang Burn menjadi tarikan kerana menu burger yang disediakan dengan hiasan yang menyelerakan. Terdapat menu burger yang cukup mewah! Rasa burger juga adalah memuaskan. Perkhidmatan Burger Bakar Abang Burn amat memuaskan dan pekerja berpakaian kemas.

Kepada yang belum lagi rasa Burger Bakar Abang Burn ini, sila-sila rasa sendiri yer. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Burger Bakar Abang Burn.

Burger Bakar Abang Burn Ampang

Burger Bakar Abang Burn Ampang



EmoticonEmoticon