31 July 2013

Berbuka di Buffet Ramadan JW Marriott Kuala Lumpur

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Minggu-minggu akhir Ramadan, ramai yang mula berbuka di luar. Mungkin ingin mencari menu baru atau juga atas acara berbuka yang dianjurkan seperti syarikat, persatuan/kelab, rakan-rakan dan sebagainya. Sop juga ada sertai majlis berbuka oleh Kelab EduRiders@KL di Borak-Borak Cafe pada hari Sabtu lepas.

Berbuka di Buffet Ramadan JW Marriott Kuala Lumpur
Meja kami
Pada hari Ahad pula, ada majlis berbuka oleh syarikat Mrs Sop bekerja pula. Majlis berbuka diadakan di JW Marriott Kuala Lumpur. Majlis berbuka ini disertai 1 bahagian syarikat Mrs Sop bekerja sahaja.

Berbuka di Buffet Ramadan JW Marriott Kuala Lumpur
Auni puasa tak?
Ini adalah pertama kali Sop berbuka di JW Marriott Kuala Lumpur. Terdapat 2 tempat berbuka di JW Marriott Kuala Lumpur iaitu Dewan Makan dan Kawasan Kolam Renang. Ramai pengunjung yang memilih tempat berbuka di kawasan kolam renang kerana permandangan lebih cantik walaupun harga sedikit mahal berbanding bertempat dewan makan.

Berbuka di Buffet Ramadan JW Marriott Kuala Lumpur
Permandangan yang menarik menambah selera :)
Buffet Ramadan di JW Marriott Kuala Lumpur menyediakan pelbagai jenis hidangan. Lebih 50 menu yang disediakan di Buffet Ramadan JW Marriott jika tidak silap kerana terlalu banyak untuk dikira. Pendek kata, memang tidak termakan semua menu yang ada kerana perut pasti akan penuh. Untuk itu, pastikan makan setiap menu sikit-sikit dan makan menu kegemaran terlebih dahulu. Baru berbaloi dengan harga bukan?

Berbuka di Buffet Ramadan JW Marriott Kuala Lumpur
Kambing bakar sentiasa menjadi pujaan hati.. hehehe
Antara menu yang menarik perhatian Sop di Buffet Ramadan di JW Marriott Kuala Lumpur ialah kambing bakar, pelbagai jenis sup (sup ekor, kambing, tulang, daging, ayam) dan menu masakan tradisional Melayu. Tema 'Nenek's Kitchen' yang digunakan oleh JW Marriott memang sesuai sangat juadah dan persembahan.

Berbuka di Buffet Ramadan JW Marriott Kuala Lumpur
Penggunaan tembikar untuk semua hidangan
Harga untuk Buffet Ramadan JW Marriott di Poolsite ialah RM75++ dan RM65 untuk tingkat 4. Untuk tempahan, sila hubungi 03-2719 866

Galeri gambar:

Berbuka di Buffet Ramadan JW Marriott Kuala Lumpur
Meja dalam dewan Poll site

Berbuka di Buffet Ramadan JW Marriott Kuala Lumpur
Aneka kuih dan biskut

Berbuka di Buffet Ramadan JW Marriott Kuala Lumpur
Auni pun sibuk berbuka puasa

Berbuka di Buffet Ramadan JW Marriott Kuala Lumpur
Kuih tradisional

Berbuka di Buffet Ramadan JW Marriott Kuala Lumpur
Nasi satu kemestian buat Sop :)
Koleksi gambar penuh, sila lawat Album Photo Facebook


EmoticonEmoticon