Berada di Agrotek Gargen Resort, Hulu Langat

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Agrotek Gargen Resort, Hulu Langat
Bilik penginapan Sop
Pernah berada di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat?
Ini adalah kali pertama Sop menginap di sini. Sebuah tempat yang menarik dikelilingi dengan tumbuhan hijau dengan suasa yang cukup segar. Cukup sesuai dengan nama Agrotek Gargen Resort.

Agrotek Gargen Resort ini terletak di Hulu Langat, Selangor yang popular dengan kawasan perkelahan seperti Sungai Congkak dan Lembah Pangsun. Daripada jalan Utama Hulu Langat, pengunjung perlu memasuki 4km ke dalam sehingga hujung jalan untuk jumpa dengan Agrotek Gargen Resort ini.

Agrotek Gargen Resort, Hulu Langat
Ruang makan Agrotek Garden Resort
Agrotek Gargen Resort menyediakan beberapa kemudahan seperti bilik penginapan, dewan mesyuarat, ruang makan, tempat mandi manda sungai, flying fox, laluan mendaki bukit (jungle tracking), ruang parking dan tapak perkhemahan.

Agrotek Gargen Resort, Hulu Langat
Ruang depan bilik
Agrotek Gargen Resort, Hulu Langat
Ruang dalam bilik
Terdapat beberapa jenis bilik di Agrotek Gargen Resort dengan kadar yang berlainan. Bilik yang Sop menginap ialah jenis 1 katil queen dan 1 katil single. Tiada penghawa dingin tetapi kipas sahaja. Ada bilik yang dilengkapi dengan penghawa dingin. Bilik penginapan disediakan dengan TV.

Agrotek Gargen Resort, Hulu Langat
Pendakian ke dewan mesyuarat
Dewan mesyuarat ada di atas bukit yang mana memberi cabaran kepada pengunjung untuk mendaki. Berpeluh juga kepada mereka yang kurang stamina :)

Walaupun suasana menarik di Agrotek Gargen Resort, pihak pengusaha perlu mengambil perhatian perkara berikut untuk keselesaan pengunjung:

  • penghawa dingin diperlukan kerana bilik penginapan daripada bangunan batu memberi kesan panas di waktu malam. Walaupun berada di kawasan bukit, suasana agak panas di waktu malam
  • water heater diperlukan kerana air yang sejuk di waktu pagi
  • tuala yang disediakan jenis berbulu sehingga melekat pada badan
  • ruang bilik agak sempit dengan susunan perabot tersebut
  • menyediakan WiFi kepada pelanggan
Secara keseluruhan, Agrotek Gargen Resort Hulu Langat merupakan tempat sesuai untuk mengadakan aktiviti bengkel, seminar, kem motivasi dan juga hari keluarga. Menginap di sini memberi ketengahan dengan permandangan yang menghijau.

Untuk maklumat lanjut mengenai Agrotek Gargen Resort Hulu Langat ini, Sila layari http://www.agrotekresort.com/

Galeri gambar:
Agrotek Gargen Resort, Hulu Langat

Agrotek Gargen Resort, Hulu Langat

Agrotek Gargen Resort, Hulu Langat

Agrotek Gargen Resort, Hulu Langat

Agrotek Gargen Resort, Hulu Langat

Untuk gambar penuh sila layari album FB
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
cahaya
AUTHOR
04 July, 2013 08:54 delete

cahayacinta

salam..sesuai untuk seminar dna perkemahan.suasana yang cantik buat orang lama nak tinggal di sini

Reply
avatar
15 April, 2014 16:00 delete

Boleh tak kami nak buat untuk kem motivasi utk student college ?? Aktiviti kat sana management sana handle or kami kne buat aktiviti sendiri ??

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
16 April, 2014 00:49 delete

mmg sesuai utk buat kem motivasi di sini
aktiviti biasanya urusetia buat sendiri. namun jika perlukan bantuan, sila berhubung dengan pihak agrotek :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
16 April, 2014 00:55 delete

terima kasih Cahaya :)

Reply
avatar