10 July 2013

Acara pandu uji kereta Honda Civic

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Honda Civic adalah nama yang cukup popular dalam dunia automotif. Jenama yang cukup diyakini dengan design yang menarik dari generasi awal lagi. Kini Honda Civic telah berada di generasi ke 9 dan masih sentiasa menjadi yang terbaik.

Bersama rakan blogger untuk pandu uji Honda Civic
Baru-baru ini Blogger telah dijemput oleh Honda Malaysia untuk pandu uji kereta Honda Civic yang terdiri daripada Honda Civic 2.0, 1.8 dan Hybrid 1.5. Sop cukup bertuah kerana terpilih untuk bersama-sama blogger lain untuk pandu uji Honda Civic ini. Pengalaman yang cukup berharga buat Sop.

Untuk makluman, Honda Civic merupakan kenderaan pertama yang dilengkapi dengan "ECO Assist function". "ECO Assist functions" pada Honda Civic injin petrol dan hybrid panduan interaktif kepada pengguna untuk mencapai pemanduan penjimatan minyak terbaik. Ia dapat membantu pemandu memandu dalam keadaan menjimatkan penggunaan petrol kereta.


Kereta Honda Civic Hybrid adalah perintis kenderaan hybrid di Malaysia. Untuk makluman rakan-rakan, kos servis dan penyelenggaraan kereta hybrid adalah sama seperti kenderaan kovensional yang lain. Terbaru, Honda telah menambah jaminan bateri IMA untuk mengatasi masalah keraguan tentang masalah bateri kenderaan hybrid daripada 5 tahun kepada 8 tahun.

Kereta Honda Civic juga adalah kereta kategori terbaik dari segi sistem keselamatan iaitu Honda-exclusive Advanced Compatibility Engineering™ (ACE)™ mencakupi bentuk badan kereta untuk tujuan pengurusan tenaga semasa pelanggaran hadapan. Terdapat juga peralatan keselamatan lain yang dilengkapi pada Honda Civic seperti pelbagai jenis airbags, Vehicle Stability Assist™ (VSA®), Anti-lock Braking System (ABS) dengan Brake Assist dan sistem Motion Adaptive Electric Power Steering yang membantu pemandu mengawal kereta ke arah sesuai semasa dalam atau luar kawalan.

i-VTEC SOHC Powertrain pada Honda Civic mampu memberikan kuasa sehingga melebihi 155PS. Ia berfungsi memberi prestasi pemanduan lancar dengan penggunaan minyak yang efisyen.

Secara keseluruhan, Honda Civic model terkini ini menawarkan penggunaan petrol yang efisyen tanpa menjejaskan prestasi dan gaya.

Pandu uji di jalan selekoh
Semasa acara pandu uji kereta Honda Civic tersebut, blogger juga telah didedahkan dengan maklumat tentang ciri istimewa Honda Civic. Pengguna Honda Civic mungkin tahu atau tidak ciri-ciri yang terdapat pada kereta Honda Civic tetapi adakah mereka faham apa fungsinya? Dengan penerangan yang jelas oleh pihak Honda Malaysia dengan pandu uji sendiri memberikan kefahaman sepenuhnya tentang ciri-ciri istimewa tersebut.


Lampu ECON Assist
ECON Assist
ECON Assist membantu pengguna memandu dengan lebih efisyen dengan Honda Civic. Terdapat lampu ambien pada panel dashboard untuk membantu pemandu mengetahui status penggunaan tenaga semasa pemanduan. Jika berwarna hijau, ia menunjukkan kereta sedang menggunakan penjimatan minyak. Sekiranya anda memecut, lampu akan bertukar menjadi biru yang mana kereta sedang mengunakan minyaak tanpa penjimatan. Ini memberikan pengguna maklum balas masa nyata kepada pengguna sama ada sedang berlaku penjimatan bahan api atau sebaliknya. Terdapat juga Modul ECON yang berfungsi mengurangkan kuasa pecutan serta mengoptimumkan sistem penghawa dingin dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api.

Penerangan tentang VSA oleh wakil Honda Malaysia
Vehicle Stability Assist (VSA)
VSA (Vehicle Stability Assist/Pembantu Kestabilan Kenderaan) adalah satu bentuk Program Kestabilan Elektronik (Electronic Stability Programme - ESP) yang memastikan kestabilan penuh Honda Civic. Ia berfungsi bersama-sama ABS dan sistem kawalan cengkaman. Sistem ini mempunyai pelbagai pengesan pada kereta dan berfungsi ketika kereta menjadi tidak stabil. Ketika itu, sistem dengan segera akan membantu menstabilkan kereta. Ketika brek, sistem akan menentukan roda mana yang perlu diselarang untuk memberi kestabilan kereta. Tambahan pula, VSA juga dilengkapi dengan Electronic Stability Programme (EPS) Honda Civic. Apabila kenderaan menjadi tidak stabil, EPS juga akan menjalankan kestabilan kereta.


Mencuba fungsi ABS
Anti-Lock Braking System (ABS)
ABS atau Anti-Lock Braking System membantu kereta boleh membuat perubahan arah walaupun dalam keadaan menekan pedal berhenti sepenuhnya. Sekiranya tanpa ABS, kereta akan terbabas atau mengelunsur   terus kerana brek telah dikunci sepenuhnya. Dengan ABS, kereta akan berhenti secara sedikit-sedikit untuk membolehkan pemandu mengubah arah ketika membrek.

Ikuti video berikut untuk melihat pengalaman Sop dan rakan-rakan pandu uji kereta Honda Civic:



Koleksi gambar yang dapat dirakam oleh Sop sekitar Acara pandu uji kereta Honda Civic, boleh dilihat di Album FB.

Untuk maklumat lanjut mengenai Honda Civic, sila layari laman web Honda Malaysia dan Facebook Honda Malaysia


EmoticonEmoticon