TTS dan Ride TShirt EduRiders@KL

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pada Ahad lepas telah berlangsung TTS dan Ride TShirt untuk kelab permotoran EduRiders@KL yang disertai oleh 10 orang ahli. Perjalanan untuk TTS dan Ride TShirt EduRiders@KL ialah bermula dari Stesyen Minyak Petron, Jalan Kuching. RV Point telah bermula pada jam 8.30 pagi dan tayar golek pada jam 9.00 pagi.


Antara motosikal yang sertai ride tersebut
Objektif utama TTS dan Ride TShirt EduRiders@KL ini ialah untuk mengedarkan T-Shirt kelab EduRiders@KL dan aktiviti penunggangan. Laluan yang dipilih untuk ride ini ialah Ulu Yam - Genting - Gombak.

Laluan yang agak mencabar kerana laluan yang berselekoh dan kecil. Ia bagus kepada penunggang motosikal berkuasa besar untuk berlatih memahirkan tunggangan.

Bermula daripada RV Point Stesyen Petron Jalan Kuching lagi, kelihatan ramai Bikes yang berkumpul untuk memulakan rides. Jerebu yang baru melanda tidak mematahkan semangat Bikes untuk rides. Ketika di Jalan Ulu Yam, lebih banyak Bikes yang melalui jalan tersebut. Laluan yang tidak asing kepada Bikes untuk rides.

Lebih mengejutkan, lebih ramai Bikes terdapat di Awana dan Genting Highlands. Pelbagai jenis motosikal berkuasa tinggi yang telah berada di situ serta baru sampai.

Perjalanan kelab EduRiders@KL ke destinasi berjalan lancar dan semua selamat kembali.

Kepada semua guru Kuala Lumpur yang memiliki motosikal berkuasa 200 cc ke atas dijemput untuk menyertai kelab EduRiders@KL ini. Untuk makluman, Kelab EduRiders@KL telah bernaung di bawah MSKPP. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman FB EduRiders@KL https://www.facebook.com/groups/608101949208125/

Galeri gambar:
Menampal stiker EduRiders@KL

Bersiap untuk memulakan perjalanan

Menyerahkan TShirt EduRiders@KL

Berhenti menunggu ahli EduRiders@KL yang lain

Bikes lain yang melalui Ulu Yam

Hentian Bikers Cafe

Bikers Cafe di Awana Genting Highland

Jalan berselekoh

Laluan Genting Highlands

Singgah di Tol Gombak sebelum bersurai


Ahli EduRiders@KL yang sertai TTS dan Ride
Untuk gambar keseluruhan, sila layari https://www.facebook.com/media/set/?set=oa.624481164236870&type=1
Previous
Next Post »