Restoran Ayam Kampung, Wangsa Maju

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Restoran Ayam Kampung, Wangsa Maju
Restoran Ayam Kampung, Wangsa Maju
Pernah singgah makan di Restoran Ayam Kampung, Wangsa Maju?
Ini adalah kali pertama Sop dan keluarga singgah di Restoran Ayam Kampung, Wangsa Maju ini. Papan tanda nama restoran yang besar telah menarik perhatian kami untuk singgah dan cuba di sini. Sop sendiri suka dengan ayam kampung, jadi apa salahnya cuba bukan?

Apa beza ayam kampung dengan ayam biasa?
Jika dilihat restoran atau warung menyediakan ayam kampung, pasti ramai yang akan singgah menjamu selera. Ini kerana ayam kampung lebih sedap dan manis isinya berbanding ayam biasa. Walaupun ayam kampung saiznya sedikit kecil dan harga lebih mahal tetapi keenakan mengatasi segala-galanya. Seperti pepatah yang biasa kita dengar, biar mahal sedikit tetapi sedap :)

Apabila kami singgah di Restoran Ayam Kampung, Wangsa Maju ini, baru kami perasan yang ia bukan restoran ayam kampung biasa tetapi restoran makanan Cina Muslim. Selain nasi ayam kampung, terdapat menu-menu makanan Cina lain yang boleh dipesan seperti dim sum, sup, masakan panas, satey dan sebagainya.

Menu yang kami cuba di Restoran Ayam Kampung, Wangsa Maju ialah nasi ayam kampung dan satey Xin Jiang. Set nasi ayam kampung di Restoran Ayam Kampung, Wangsa Maju terdiri daripada nasi putih ayam goreng, hirisan timun dan kari kubis. Kami agak kurang berpuas hati kerana nasi yang dihidangkan terlalu sejuk dan ayam agak garing hingga jadi keras.

Restoran Ayam Kampung, Wangsa Maju
Satey Xi Jiang
Satey Xin Jiang sangat berbeza berbanding dengan satey biasa. Ia merupakan daging/ayam cincang yang dilekatkan kepada pencucuk dan dicampur dengan rempah. Makan pun begitu sahaja tanpa kuah. Rasa lain sangat kerana tidak biasa makan. Baru pertama kali cuba rasa katakan. Hehehe

Menu-menu lain kami tidak cuba kerana untuk makan malam rasanya tidak mampu untuk makan banyak. Satey yang dipesan 10 cucuk pun tidak kehabisan. Mungkin boleh cuba menu lain jika singgah lagi di Restoran Ayam Kampung, Wangsa Maju :)

Restoran Ayam Kampung  
41 Jalan Metro Wangsa,
Desa Setapak,
53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ‎

Lokasi Restoran Ayam Kampung, Wangsa Maju adalah seperti berikut:


Lihat Peta yang Lebih Besar

Galeri gambar:

Restoran Ayam Kampung, Wangsa Maju
Menu Dim Sum

Restoran Ayam Kampung, Wangsa Maju
Buku menu

Restoran Ayam Kampung, Wangsa Maju

Restoran Ayam Kampung, Wangsa Maju
Menu masakan panas

Restoran Ayam Kampung, Wangsa Maju
Masakan Cina

Restoran Ayam Kampung, Wangsa Maju
Auni nak makan apa ye?

Restoran Ayam Kampung, Wangsa Maju
Restoran yang bersih dan hiasan menarik

Restoran Ayam Kampung, Wangsa Maju
Tapai pun ada :)

Restoran Ayam Kampung, Wangsa Maju
Set Nasi Ayam Kampung

Restoran Ayam Kampung, Wangsa Maju
Ayam goreng garing

Restoran Ayam Kampung, Wangsa Maju
Kari kubis
  
Restoran Ayam Kampung, Wangsa Maju
Satey ayam dan daging

Restoran Ayam Kampung, Wangsa Maju
Total bill

Previous
Next Post »