11 June 2013

Pameran Art Of Speed, Citta Mall, Subang

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Panjang sungguh!
Pada 8 - 9 Jun 2013, telah berlangsung Pameran Art Of Speed di Citta Mall, Subang. Sop yang mendapat maklumat pameran tersebut dari rakan sempat singgah pada hari Ahad lepas. Berbaloi kami ke Pameran Art Of Speed, Citta Mall, Subang walaupun terpusing-pusing mencari tempat tersebut. Sop kurang biasa dengan Subang. Kebetulan GPS Sygic baru sahaja dibuang daripada telefon bimbit menyebabkan kami sukar mencari Citta Mall.

Pameran Art Of Speed, Citta Mall, Subang
Bakal bikers?
Mrs Sop bertugas sebagai pemandu arah sering terlepas memberi arahan sehingga beberapa kali terpusing-pusing. Agak sukar menggunakan Google Maps berbanding Aplikasi GPS yang betul :)

Kami tiba pada jam 3.00 petang di Pameran Art Of Speed, Citta Mall, Subang. Cuaca panas tidak menghalang pegunjung untuk melihat pameran dan pusat jualan. Keasyikan melihat kenderaan yang dipamerkan menyebabkan kami lupa tentang cuaca panas :)

Pameran Art Of Speed, Citta Mall, Subang
Kalau Sop dapat sebijik boleh bergaya sakan nih :)
Sop sebenarnya suka dengan pameran-pameran seperti ini tetapi jarang dapat melawat. Sekarang ini, anak-anak juga teruja melihat pameran-pemeran seperti ini. Ini bermakna Sop telah ada geng untuk berkongsi minat! Abislah Mrs Sop dan Auni :)

Merujuk kepada tentatif Pameran Art Of Speed, Citta Mall, didapati banyak acara menarik yang disediakan. Namun kami tidak mengikuti sepenuhnya tentatif tersebut. Kami hanya singgah untuk melihat kenderaan pameran dan bergambar.
Sumber

Pameran Art Of Speed, Citta Mall, Subang ini menyediakan pemeran pelbagai jenis motosikal dan kereta. Banyak motosikal yang belum pernah Sop lihat boleh didaapati di sini. Motor-motor antik, ubah suai dan berkuasa tinggi juga dipamerkan. Bukan peminat motosikal juga pasti teruja untuk melihatnya :) Selain itu, pusat-pusat jualan barangan mtosikal turut ada dijual.

Selepas ini, bolehlah Sop selalu hadir ke pameran-pameran seperti ini kerana Sop sudah ada geng! Hehehe

Galeri gambar:

EmoticonEmoticon