23 June 2013

Nikon DSLR - Cannot display this file

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Anda adalah pengguna DSLR?
Sop baru sahaja menjadi pengguna DSLR dan masih banyak yang perlu belajar tentang DSLR.

Nikon DSLR - Cannot display this file
Mesej Cannot display this file
Baru-baru ini, muncul masalah "Cannot display this file" daripada gambar yang diambil daripada DSLR. Sop mula risau kerana DSLR yang dibeli adalah jenis terpakai. Kad waranty pun tiada oleh penjual DSLR tersebut kerana telah hilang. Risau takut Sop telah terbeli DSLR yang rosak.

Semasa awal mengambil gambar tiada masalah tetapi apabila jumlah gambar melebihi 100 keping, masalah tersebut mula muncul. Sop risau juga takut tersalah guna atu tidak tahu guna :)

Untuk mengetahui punca terjadinya masalah "Cannot display this file", Sop bertanyakan rakan-rakan yang menggunakan DSLR di Facebook. Beberapa pandangan diberikan dan ramai tidak mengalami masalah tersebut.

Nikon DSLR - Cannot display this file
Preview pun tidak boleh
Hasil pertanyaan dan carian dari Google, maklumabalas yang diberikan adalah berkaitan dengan memori kad. Untuk itu, Sop cuba membuat format memori kad tersebut untuk melihat kesannya. Namun tidak berjaya kerana apabila jumlah gambar banyak yang diambil, masalah tersebut akan muncul.

Akhirnya Sop mengambil keputusan menukar memori kad tersebut. Sayang juga kerana memori kad yang diberikan bersama DSLR yang dibeli bersaiz 32GB. Setelah menukar memori kad tersebut, kini masalah tersebut tiada lagi. Memang sah memori kad tersebut ada masalah. Ia tidak rosak sepenuhnya kerana masih boleh digunakan untuk jumlah tertentu.

Kepada rakan-rakan yang mengalami masalah yang sama seperti ini, kini tahu ia berpunca daripada memori kad :)

Terima kasih kerana membaca entry ini.


EmoticonEmoticon