Menonton Filem Man Of Steel - Superman

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sudah menonton filem Man Of Steel atau Superman?
Sop dan keluarga baru berkesempatan menonton semalam di MBO Festival City. Oleh kerana filem ini kategori PG13, kami tiada masalah untuk menonton. Berbeza dengan filem Fast 6 yang di dalam kategori 18 tahun ke atas yang hanya boleh masuk Sop dan Mrs Sop sahaja :)

Menonton Filem Man Of Steel - Superman
Azwar hendak jadi Superman :)
Man Of Steel antara filem yang dinanti-nantikan oleh peminat Superman. Hero yang telah popular sekian lama dan pasti ramai masih ingat jalan cerita Superman.

Jalan cerita Man Of Steel masih mengekalkan jalan cerita yang hampir sama, watak dan lain-lain. Tidak banyak yang berubah :)

Permulaan cerita Man Of Steel sangat menarik dimulakan dengan asal usul Superman dihantar ke bumi. Tetapi selepas itu, jalan cerita mula hambar. Aksi-aksi agak kurang dan teknik flashback kurang memberi kesan. Terlalu banyak flashback story yang digunakan.

Perjalanan cerita hambar tanpa aksi menarik sehingga separuh filem. Pada akhir cerita, penjahat mula muncul dan aksi menarik baru bermula. Namun begitu, aksi kurang memberi kesan yang memberi tarikan sepenuhnya.

Watak heroin juga kurang mantap! Bagaikan tiada keserasian antara Superman dengan Lois Lane.

Pada mulanya anak-anak yang bosan dan kemudian giliran Sop pula yang mana hampir terlelap! Hehehe

Nasib baik Auni tidur semasa filem Man Of Steel bermula sehingga tamat filem. Jika tidak, pasti Auni juga bosan. Hehehe

Secara keseluruhan, Sop hanya bagi 2 bintang daripada 5 bintang untuk filem Man Of Steel ini.

Apa pandangan anda pula mengenai filem Man Of Steel ini?
Previous
Next Post »