19 June 2013

Menonton filem After Earth

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sudah menonton filem After Earth?
Sop baru sahaja menonton filem ini hari ini. Berdasarkan trailer dan sinopsis, kelihatan cerita ini agak menarik. Namun begitu, realiti filem ini tidak bergitu hebat.

Menonton filem After Earth

Pada pendapat Sop, idea jalan cerita sudah ada tetapi terlalu mendatar dan agak membosankan. Unsur-unsur cemas dan saspen agak tidak menjadi.

Kisah antara bapa dan anak juga tidak berkesan walaupun keseluruhan cerita untuk memamparkan perhubungan antara bapa dan anak.

Permulaan cerita menceritakan manusia yang telah berpindah dari bumi ke planet lain kerana keadaan bumi yang tidak lagi sesuai. Kitai telah mengikuti bapanya seorang Jeneral misi menghantar binatang pembunuh manusia ke planet lain tetapi telah menghadapi ribut angkasa akhirnya jatuh ke bumi.

Kapal angkasanya telah terputus 2. Kitai dan bapanya sahaja yang selamat tetapi alat perhubungan telah rosak. Bapanya yang cedera mengharapkan Kitai untuk ke bahagian ekor untuk mendapatkan alat perhubungan kecemasan untuk mendapatkan bantuan. Bapanya hanya boleh memberi arahan melalui perhubungan dan memantau pergerakan anaknya.

Pengembaraan untuk mendapatkan alat perhubungan kecemasan ini sepatutnya lebih menarik dan mencemaskan. Namun begitu, ia agak kurang memberi kesan. Bumi selepas 1000 tahun ditinggalkan manusia tidak begitu berbahaya. Binatang yang dijumpai hanya monyet, harimau, ular, kinzir, tikus dan burung sahaja. Sedangkan perjalanan yang perlu dilalui ialah 100km meredah hutan untuk sampai ke destinasi.

Apa kesudahan filem ini?
Anda perlu menonton sendiri untuk mengetahui kesudahan cerita dan bagaimana Kitai menewaskan binatang yang jatuh bersama mereka :)


EmoticonEmoticon