01 June 2013

Menginap di De Baron Resort, Kuah, Langkawi

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

De Baron Resort, Kuah, Langkawi
De Baron Resort, Kuah, Langkawi
Seperti entry yang dinyatakan sebelum ini, Sop kini sedang bercuti di Langkawi bersama keluarga. Tiada banyak perkara yang menarik untuk dikongsi kerana aktiviti kami tidak begitu penuh. Percutian ini hanya untuk bersantai dan berehat sahaja :)

Untuk percutian ini, kami menginap di De Baron Resort yang terletak di Kuah, Langkawi. Ini adalah kali pertama Sop berada di hotel ini. Sebelum-sebelum ini ke Langkawi, Sop banyak menginap di Pantai Chenang. Kami ingin mencuba suasana yang baru dengan berada berhampiran dengan pekan pula.

De Baron Resort, Kuah, Langkawi ini terletak tidak jauh dari Pekan Kuah. Hotel ini berada di tempat yang cukup menarik iaitu berada di tepi kuala dan pekan. Walaupun tiada pantai di kawasan De Baron Resort, Kuah, Langkawi tetapi pemandangan laut cukup menarik.

Ruang bilik yang bersih
De Baron Resort, Kuah, Langkawi adalah hotel yang bersih dan menarik. Ruang bilik sangat bersih dan kemas. Kemudahan yang disediakan juga memuaskan seperti kolam renang yang menarik, WiFi boleh diakses dalam bilik, TV LCV dengan siaran Astro, mini bar, safety box, penghawa dingin dan kipas, jug cattle dan sebagainya.

Kami telah memilih bilik Deluxe Hill View di De Baron Resort, Kuah, Langkawi. Dengan 2 katil queen, ia cukup untuk kami sekeluarga. Jika ambil 2 bilik, agak sukar untuk mengawal Azfar dan Azwar pula bukan?

Setakat ini, kami berpuas hati berada di hotel ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai De Baron Resort, Kuah, Langkawi, sila lawati http://debaronresort.com

Galeri gambar:

De Baron Resort, Kuah, Langkawi
Ruang depan De Baron Resort, Kuah, Langkawi

De Baron Resort, Kuah, Langkawi
Bangunan  baru De Baron Resort, Kuah, Langkawi
De Baron Resort, Kuah, Langkawi
Bangunan lama De Baron Resort, Kuah, Langkawi


De Baron Resort, Kuah, Langkawi
Katil queen

De Baron Resort, Kuah, Langkawi
Ruang bilik yang cukup selesa
De Baron Resort, Kuah, Langkawi
Permandangn dari bilik kami

De Baron Resort, Kuah, Langkawi
Permandangan Hill View

De Baron Resort, Kuah, Langkawi
Bilik air yang bersih

De Baron Resort, Kuah, Langkawi
Seronok untuk berehat :)

De Baron Resort, Kuah, Langkawi

De Baron Resort, Kuah, Langkawi


EmoticonEmoticon