Searching...
03 June 2013

Melawat Dataran Lang, Langkawi

Monday, June 03, 2013
Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Dataran Lang adalah simbol kepada kepada Pulau Langkawi. Jika datang ke Langkawi tetapi tidak ke Dataran Lang ia seperti anda belum melawat Langkawi :) Di sinilah anda boleh bergambar tanda telah sampai ke Langkawi.
Dataran Lang, Langkawi
Kami ke Dataran Lang dalam jam 4.00 petang. Cuaca masih panas dan berpeluh-peluh juga kami berjalan untuk sampai ke helang besar tersebut. Jika tengah hari, tidak sanggup rasanya untuk berjalan ke situ :)

Kami ke Dataran Lang untuk bergambar sahaja dan menikmati keindahan alam sekitar. Tiada aktiviti lain yang boleh dilakukan kecuali sesi anak-anak Sop berlari-lari. Luas juga kawasan dataran tersebut. Kesian ayah dan mak Sop yang tidak larat berjalan hendak sampai ke burung helang tersebut :)

Jika di sekitar jalan ke burung helang ada kedai yang menjual cendera mata mungkin lebih menarik kerana sambil berjalan bleh cuci mata. Sekarang ini, gerai jualan barangan cederamata hanya berada di depan pintu masuk ke dataran.

Galeri gambar:










  



Anda baru saja membaca artikel bertajuk Melawat Dataran Lang, Langkawi dalam kategori Langkawi / Melancong / Percutian dari URL http://www.sop.name.my/2013/06/melawat-dataran-lang-langkawi.html. Sila kongsi artikel ini kepada rakan melalui laman sosial di bawah.
  • comments powered by Disqus

    0 comments:

    Post a Comment