Medan Selera Baron Langkawi ada WiFi Percuma

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo Wi-FiWi-Fi (atau Wi-fi, WiFi, Wifi, wifi) dianggap merupakan singkatan untuk Wireless Fidelity, tetapi sebenarnya ia dipilih mengikut pola "Hi-Fi". Ia merupakan piawai untuk rangkaian kawasan setempat tanpa wayar (WLAN - Wireless Local Area Network).
Produk yang berdaftar boleh menggunakan logo rasmi Wi-Fi yang juga bermakna produk tersebut boleh beroperasi dengan mana mana produk yang mempunyai logo yang sama. Logonya sendiri diciptakan oleh Interbrand Corporation dengan gaya yin yang. Interbrand memiliki hubungan kerja sama dengan Wi-Fi Alliance.
Kelebihan Wi-Fi ialah ia berasaskan piawaian IEEE 802.11, manakala jarak capaian juga jauh iaitu antara 75 hingga 125 meter.
Sekarang ini WiFi menjadi satu tarikan kepada pengunjung untuk singgah menjamu selera atau melepak. Sambil makan, minum atau melepak, pengunjung boleh melayari internet atau membuat turun sesuatu. Kebanyakkan gajet ketika ini tersedia dengan penerima WiFi. Oleh kerana itu, rata-rata pengusaha restoran akan menyediakan WiFi kepada pelanggannya sebagai tarikan.

Sop sendiri lebih suka memilih kedai atau restoran yang mnyediakan perkhidmatan WiFi walaupun telefon mempunyai data internet. Dengan membuat sambungan WiFi, Sop boleh menjimatkan penggunaan data internet yang Sop langgan hanya pakej 1GB sebulan. Banyak Sop boleh buat apabila ada sambungan WiFi seperti memuat turun kemaskini aplikasi, permainan, menonton youtube dan sebagainya. Bagi pengguna gajet produk Apple, WiFi diperlukan untuk memuat turun fail yang bersaiz besar :)

Maklumat WiFi
Semasa di Langkawi baru-baru ini, Sop singgah makan di medan selera di bangunan Pekan Rabu, Baron. Teruja dengan penyediaan WiFi kepada pelanggan yang makan di situ. Jika di Kuala Lumpur, hanya Restoran dan kedai mamak yang ada menyediakan perkhidmatan WiFi.

Azfar dan Azwar pun teruja kerana boleh memuat turun pada tablet mereka :)

Alangkah bagus jika di merata-rata menyediakan perkhidmatan WiFi. Jimatn duit internet. Hehehe

Auni pun nak tablet la Papa :)

Previous
Next Post »