08 June 2013

Kongsi internet WiFi pada Windows 7

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sebelum ini Sop ada berkongsi entry bagaimana kongsi internet daripada laptop untuk pengguna Windows 8. Kali ini Sop ingin berkongsi pula cara berkongsi internet dengan menjadikan Windows 7 sebagai rounter WiFi untuk memastikan laptop atau gajet lain boleh akses internet.

Sekarang ini laptop Sop yang mengguna Operasi Sistem Windows 8 telah mengalami kerosakan charger. Buat masa ini Sop terpaksa menggunakan netbook dahulu sementara dapat cari charger yang baru. Netbook  ini menggunakan OS Windows 7.

Bagaimana hendak jadikan laptop Windows 7 sebagai router untuk berkongsi internet?
Ikuti langkah mudah berikut untuk jadikan laptop Windows 7 sebagai router WiFi:

  • Buka command prompt (admin) - klik kanan pada 'command prompt' dan pilih 'run as administrator'

  • Taip "netsh wlan set hostednetwork ssid=namaWiFi key=passwordWiFi" (untuk bina nama network dan password) dan tekan enter
  1. Kemudian taip "netsh wlan start hostednetwork" untuk memulakan WiFi Hotspot

  • Sekarang ini, WiFi Hotspot akan boleh dikesan dan connet oleh komputer atau gajet lain tetapi belum boleh mendapat capaian internet
  • Seterusnya sila ke Control Panel > Network and Internet > Network and Sharing Center > WiFi Properties
  • Sila ke tab Sharing dan pilih "Allow other network users to connect...."
  • Tekan OK
Kini anda telah berjaya berkongsi internet pada laptop anda dengan menjadikannya sebagai router WiFi. Untuk berkongsi pada masa hadapan setelah melalui proses di atas, hanya bukan command prompt as administrator dan taip "netsh wlan start hostednetwork" sahaja.

Mudah bukan?
Tidak perlu untuk install software atau aplikasi pun :) Percuma sahaja! Hehehe

Pastikan internet anda laju untuk berkongsi internet ini. Jika internet perlahan, dikongsi pula dengan banyak gajet atau laptop, lagi lah perlahan yer :) Semua internet boleh digunakan sama ada sambungan WiFi, Unifi  atau broadband.

Selamat mencuba :)


EmoticonEmoticon