08 June 2013

Kenapa makanan di lapangan terbang mahal?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Kenapa makanan di lapangan terbang mahal?
Ia menjadi persoalan kepada Sop dan mungkin kepada anda juga.

Lapangan Terbang Langkawi
Nasi ayam Lapangan Terbang Langkawi
Jika dilihat pada semua lapangan terbang, restoran makanan kelihatan jauh lebih mahal berbanding restoran biasa. Malah di restoran makanan segera juga menjual harga yang berbeza.

Adakah kerana pengguna kapal terbang semua orang kaya?
Adakah sewa kedai di lapangan terbang terlalu mahal?
Adakah peniaga mengambil kesempatan?

Persoalan-persoalan yang mungkin menjadi tanda tanya. Jika dulu mungkin mereka yang kaya sahaja mampu menaiki kapal terbang. Harga makanan mahal pasti tidak menjadi persoalan. Tetapi kini, harga tiket kapal terbang telah murah dan ramai yang mampu menaiki kapal terbang. Malah, lapangan terbang kelihatan seperti stesyen bas sudah! Hehehe

Mungkin tiada paksaan untuk pelanggan untuk singgah dan makan jika mampu di lapangan terbang tetapi Sop melihat ianya sebagai kebajikan kepada pengguna lapangan terbang Kenapa perlu harga begitu mahal berbanding harga biasa?

Pengguna yang menggunakan kapal terbang biasanya perlu hadir awal untuk memastikan urusan penerbangan lancar. Jika lapar atau dahaga, perlulah mencari sedikit makanan bukan?

Apa pandangan anda pula? Adakah anda rasa makanan di lapangan terbang terlalu mahal?

Galeri gambar ketika di Lapangan Terbang Langkawi semasa bercuti di Langkawi baru-baru ini :)

Lapangan Terbang Langkawi

Lapangan Terbang Langkawi

Lapangan Terbang Langkawi

Lapangan Terbang Langkawi

Lapangan Terbang Langkawi

Lapangan Terbang Langkawi


EmoticonEmoticon