30 June 2013

Kejohanan Olahraga Tahunan ke 19 SK Taman Seri Rampai

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Kejohanan Olahraga Tahunan ke 19 SK Taman Seri Rampai
Buku acara dan nombor bertuah
Semalam Sabtu 29 Jun 2013 telah berlangsung Kejohanan Olahraga Tahunan ke 19 SK Taman Seri Rampai. Kejohanan Olahraga Tahunan ke 19 SK Taman Seri Rampai telah dimulakan dengan perbarian masuk rumah sukan ke padang. Majlis perasmian telah disempurnnakan oleh Datuk Ahmad Fauzi Zahari, Wakil Rakyat Parlimen Setiawangsa.

Kejohanan Olahraga Tahunan ke 19 SK Taman Seri Rampai
Ucapan perasmian oleh Datuk Ahmad Fauzi Zahari
Selepas ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan gimik pelancaran tersebut dengan kehadiran kereta kawalan jauh dengan membawa pen untuk Datuk Ahmad Fauzi Zahari menandatangani buku Kejohanan Olahraga Tahunan ke 19 SK Taman Seri Rampai. Aksi oleh kereta kawalan jauh tersebut telah berjaya menarik perhatian murid-murid.

Kejohanan Olahraga Tahunan ke 19 SK Taman Seri Rampai
Kereta kawalan jauh
Azwar telah terpilih untuk menyertai acara larian 60 meter kategori Pra Sekolah. Hanya 6 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan yang terpilih untuk acara tersebut. Acara larian 60 meter kategori Pra Sekolah telah dimulakan pada permulaan kejohanan.

Kejohanan Olahraga Tahunan ke 19 SK Taman Seri Rampai
Araca penyampaian hadiah

Kejohanan Olahraga Tahunan ke 19 SK Taman Seri Rampai
Medal yang dimenangi
Alhamdulillah, Azwar telah berjaya menjadi Juara untuk Acara larian 60 meter kategori Pra Sekolah SK Taman Seri Rampai. Azwar memaklumkan pada sesi pemilihan, beliau hanya berjaya di tempat kedua tetapi tidak sangka pada acara akhir beliau telah berjaya menjadi juara.

Semasa acara berlangsung, terdapat cabutan bertuah kepada ibubapa yang hadir tetapi Sop tidak bertuah. :)

Azwar seterusnya terlibat dalam persembahan senamrobik bersama murid darjah 4 dan 5 lain. Tahniah kepada Azwar kerana telah berjaya memenangi acara dan juga terpilih membuat persembahan.

Tahniah kepada pihak SK Taman Seri Rampai yang telah berjaya menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan ke 19 SK Taman Seri Rampai.

Galeri gambar:

Kejohanan Olahraga Tahunan ke 19 SK Taman Seri Rampai
Perbarisan masuk pasukan didahului dengan pembawa bendera

Kejohanan Olahraga Tahunan ke 19 SK Taman Seri Rampai
Auni turut hadir beri sokongan kepada abangnya :)

Kejohanan Olahraga Tahunan ke 19 SK Taman Seri Rampai
Acara bermula

Kejohanan Olahraga Tahunan ke 19 SK Taman Seri Rampai
Penyampaian hadiah kepada pemenang

Kejohanan Olahraga Tahunan ke 19 SK Taman Seri Rampai
Persembahan senamrobik

Untuk gambar penuh Kejohanan Olahraga Tahunan ke 19 SK Taman Seri Rampai, sila lawat Galeri Gambar Album FB


EmoticonEmoticon