09 June 2013

Kasut boot pink Auni

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Warna merah jambu atau pink tidak dapat dipisahkan kepada anak perempuan. Ini kerana sejak kecil lagi ibubapa telah mendidik anak-anak perempuan meminati warna pink. Baju, seluar, topi, pengikat kepala, stokin, kasut, beg dan sebagainya dibeli dengan warna pink. Tidak hairan apabila besar, warna pink menjadi warna kegemaran :)

Anak perempuan kelihatan comel dengan warna pink bukan?
Pakaian Auni memang banyak warna pink. Apabila hendak beli sesuatu, pasti warna pink akan menjadi tarikan. Malah, warna pink kelihatan sangat relevan kepada anak perempuan untuk memberi sifat lebih kewanitaan. Anak perempuan yang memakai warna pink kelihatan lebih comel :)

Kasut boot pink Auni
Kasut boot pink Auni
Kasut boot pink Auni
Jauh pula tersasar intro sedangkan entry bertajuk Kasut boot pink Auni :)
Kasut boot pink yang baru dibeli oleh Mrs Sop khas untuk ke tempat sejuk. Mana lagi jika bukan Genting Highland bukan?

Kami suka sangat kasut boot pink berkenaan kerana mempunyai bulu-bulu dan hiasan manik. Paling penting, ia berwarna pink :) Harga juga cukup murah iaitu RM49.00 sahaja tetapi tiada banyak stok. Saiz yang kami dapat untuk Auni hanya tinggal sepasang. Harga murah mungkin kerana untuk jualan penghabisan stok :)

Sekali tengok macam glamour sangat! Tetapi untuk kanak-kanak tiada masalah pakai macam mana bukan? Kanak-kanak sentiasa nampak comel. Agaknya jika perempuan dewasa akan pakai atau tidak kasut boot pink tersebut? Kecuali anda artis Korea (Hehehe)

Selepas ini, bolehlah Auni ke Genting Highland dengan kasut tersebut. Pasti tidak sejuk! Hehehe

Galeri gambar:

Kasut boot pink Auni
Ini kasut saya yer :)
  
Kasut boot pink Auni
Apa agaknya difikirkan Auni?

Kasut boot pink Auni
Tidak sabar hendak mencuba

Kasut boot pink Auni
Cam artis Korea tak? Hahaha

Kasut boot pink Auni
Buat Gwiyomi yer Auni :) 

Kasut boot pink Auni
Kelihatan selesa ketika pakai

Kasut boot pink Auni
Siapa nak pinjam boleh jer ni :)


EmoticonEmoticon