23 June 2013

Jerebu di Kuala Lumpur semakin teruk

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Statistik jerebu di negera semalam
Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.[1] Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.

Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.

Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap. (Sumber)

Setelah jerebu teruk melanda negeri Johor, kini ia telah merebak ke seluruh negara. Sop yang berada di Kuala Lumpur perasan yang jerebu terbambah teruk semalam. Sebelum itu, keadaan masih tidak teruk walaupun telah kelihatan jerebu tersebut.

Beradasarkan laporan Jabatan Alam Sekitar, tahap jerubu di Kuala Lumpur semakin meningkat.

Sumber
Jerebu di Kuala Lumpur kini berada ditahap sederhana tetapi telah hampir ke tahap tidak sihat. Oleh itu, kita perlu mengurangkan aktiviti luar dan mula memakai penutup hidung untuk kesihatan. Langkah tersebut boleh diambil ketika musim jerebu ini:

  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka. (Sumber)

Untuk maklumat lanjut mengenai indek pencemaran udara terkini, sila layari http://www.jas.sains.my/webportal/


EmoticonEmoticon