05 June 2013

Ilmu pengguna baru DSLR

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

DSLR atau nama penuh Digital Single Lens Reflex tidak asing lagi buat penggemar fotografi. Namun ia adalah sesuatu yang baru buat Sop yang mana sebelum ini belum pernah menggunakan DSLR ini. Minat telah lama wujud tetapi ruang dan peluang belum didapati.

DSLR Murah
Nikon D3200
Pada entry lepas ada memaklumkan yang Sop telah berjaya memiliki DSLR murah yang mana sesuai untuk pengguna peringkat awal untuk belajar. Model Nikon D3100/D3200 atau Canon D1100 dikatakan sesuai untuk yang ingin belajar dengan harga yang paling murah.

Setelah berjaya memiliki DSLR, kini masa untuk belajar untuk menggunakannya pula. Pakai DSLR takkan hendak guna manual sahaja bukan? Fungsi yang pelbagai perlu diguna sepenuhnya jika tidak baik guna kamera compaq sahaja (pesan pada diri sendiri) Hehehe

Pada mula-mula memiliki DSLR, masih kabur bagaimana hendak menggunakannya. Terasa terlalu canggih pula! Nasib baik ada menu untuk setting secara automatik, sekurang-kurangnya Sop boleh mengambil gambar terlebih dahulu. Penjual DSLR kepada Sop sempat memberi sedikit tunjuk ajar agar membolehkan menggunakannya (segan plak)

Sekarang ini, Sop perlu mencari beberapa web dan forum yang membolehkan Sop mendapatkan ilmu tentang DSLR ini. Ada rakan telah mencadangkan forum http://fotomedia.com.my. Banyak topik-topik yang menarik yang boleh Sop belajar di situ. Selain itu, Sop juga mula dapatkan info daripada laman http://thebeginnerslens.com/ yang mana ada artikel dihurai untuk peringkat awal dan seterusnya.

Bukan apa, sekarang ini terlalu kosong ilmu tentang DSLR ini hingga hendak bertanyakan sesuatu pun tidak tahu. Hehehe

Harapan besar untuk memiliki DSLR ini ialah untuk menjadikan gambar di kongsi pada blog lebih cantik. Sekarang ini, Sop banyak menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar. Kesannya sangat berbeza jika dibandingkan dengan blogger yang memiliki DSLR.

Kepada rakan-rakan yang mempunyai ilmu DSLR, jangan kedekut-kedekut untuk mengajar Sop yer :)

Baru berkaitan cara penggunaan DSLR, belum lagi aksesori pun dah pening! huhuhuh


EmoticonEmoticon