04 June 2013

HTC One atau Samsung Galaxy S4?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Anda peminat telefon Android?
Sekarang ini, telefon bimbit yang menggunakan Sistem Operasi Android semakin bertambah dan keupayaan sistem Android juga semakin menarik. Perbezaan antara telefon Android bagi setiap jenama bergantung kepada spesifikasi yang dikeluarkan setiap model. Lagi canggih spesifikasi lebih hebat telefon Android tersebut.


HTC One atau Samsung Galaxy S4?
Mungkin ada yang masih buntu untuk memilih telefon mana yang satu. Keupayaan dan kehebatan kelihatan sama. Masing-masing ada kelemahan dan kekurangan. Mana pilihan anda?

HTC One

Telefon Android HTC One dikatakan mempunyai ciri terbaik ketika ini. Ciri yang paling terserlah ialah badan HTC One daripada aluminum yang kelihatan lebih kukuh dan tahan.

Setakat kini, review HTC One dikatakan tidak mengalami sebarang masalah kesangkutan (delay) pada penggunaannya. Ciri yang cukup hebat memberikan penggunaan telefon secara lancar.

Pembesar suara yang berada di hadapan memberikan bunyi yang baik dan jelas apabila mendengar muzik dan filem. Berbeza dengan Samsung yang pembesar suara berada di belakang.

Kamera pada HTC One juga dikatakan yang terbaik dengan ciri-ciri yang hebat.

Spesifikasi HTC One, sila rujuk http://www.gsmarena.com/htc_one-5313.php

Samsung Galaxy S4

Keluaran Samsung Galaxy S4 dinanti-nantikan oleh peminat Samsung selepas kejayaan besar kepada model S3 dan Galaxy Note.

Ciri-ciri Samsung Galaxy S4 yang dipertingkatkan memberikan peningkatan taraf telefon bimbit. Kini kuasa processor Samsung Galaxy S4 lebih kuat dan bertenaga. Quad-core 1.6 GHz Cortex-A15 & quad-core 1.2 GHz Cortex-A7 pasti memberi kuasa yang cukup untuk melancarkan aplikasi telefon.

Ciri baru yang ditambah seperti skrin tanpa sentuh untuk kawasan sangat mengujakan. Kini skrin sentuh telah melangkah setapak kehadapan!

Apa yang kurang berbanding HTC One ialah kualiti badan yang kelihatan kurang kukuh dan tidak tahan.

Spesifikasi penuh Samsung Galaxy S4, sila rujuk http://www.gsmarena.com/samsung_i9500_galaxy_s4-5125.php

Jika diberi pilihan, yang mana anda pilih?

Buat penilaian dengan melihat video ini pasti lagi pening! Jom layan:


EmoticonEmoticon