02 June 2013

Domain blog tidak dapat dilawati

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Domain blog tidak dapat dilawati?
Perkara ini berlaku kepada Sop bermula semalam sehingga hari ini yang mana blog www.sop.name.my tidak dapat dilawati. Malam tadi telah cuba mencari punca berlaku masalah ini tetapi tidak berjaya!

blog hilang?
Pagi ini, sekali lagi cuba mencari punca masalah yang berlaku kepada domain tetapi masih gagal. Cuba bertanyakan kepada pembekal domain tetapi tiada penyelesaian kecuali meminta mendapatkan perkhidmatan DNS Management Tools untuk membuat setup kepada domain.

Buat masa ini, Sop hanya menggunakan DNS Management Tools yang disediakan secara percuma oleh laman web ClouDNS.net secara percuma dan berfungsi dengan baik. Biasanya jika ada sebarang kemaskini atau masalah dengan web, pihak ClouDNS.net akan membuat pengumuman atau makluman kepada pengguna.

Setelah hampir sehari membuat pencarian masalah, akhirnya berputus asa dan mengambil keputusan menunggu sahaja. Ada juga rakan cuba membantu di Facebook tetapi masih tidak tahu puncanya.

Akhirnya Sop menganggap ini masalah domain sahaja dan menunggu hingga ia pulih sendiri.

Alhamdulillah, petang ini blog SOP.NAME.MY dapat diakses kembali. Mungkin domain hendak main-main nyorok agaknya. Sebab itu domain tidak dapat dikesan (not found) Heheheh


EmoticonEmoticon