22 June 2013

Cam mana hendak tambah trafik ke blog ye?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sedikit pertanyaan daripada rakan blogger yang ditinggalkan di shoutbox seperti berikut:

Pertanyaan nq
Persoalan yang ringkas dan bermakna. Banyak tutorial dan perbincangan yang dikongsi oleh rakan blogger untuk menambah trafik. Penerangan biasanya kelihatan mudah sahaja untuk dapat trafik tinggi tetapi hakikatnya bukan mudah.

Tips yang biasa yang dikongsikan untuk mendapat trafik adalah seperti berikut:
  • Backlink
  • SEO
  • Blogwalking
  • Ping entry
  • Kongsi pada laman sosial
Dimana hendak dapatkan backlink?
Backlink merujuk kepada URL blog yang tersenarai pada blog lain atau website. Backlink boleh didapati melalui komen, exchange link, bloglist, signature forum dan sebagainya. Jika boleh diletak pada blog atau web yang banyak trafik, lagi bagus. Lebih banyak tempias yang kita boleh dapat. Terdapat juga laman directory yang menyediakan backlink beserta feed entry. Ada juga yang sanggup membeli ruang iklan/banner untuk mendapat backlink.

Harus diingat, jika ada backlink akan ada trafik masuk kerana orang tidak begitu mudah untuk klik link blog. Dicadangkan ada unsur-unsur promosi untuk link, backlink daripada website, forum dan blog berkaitan. Pastikan tidak melakukan SPAM kerana kesan akan jadi buruk :)

SEO atau Search Engine Optimization merujuk kepada trafik daripada injin carian. Sekarang ini, dunia carian internet adalah sangat penting sehingga pengguna mencari sesuatu yang asas pun ada :)

Apa itu entry SEO?
Ia merujuk kepada entry panas dalam carian. Bagi yang mengejar trafik SEO, entry yang dikeluarkan selalunya yang mempunyai potensi carian yang tinggi. Biasa entry yang hangat seperti berita, politik, hiburan, download, tutorial dan sebagainya. 

Promosi Offline
Jarang yang blogger buat untuk mendapat trafik ialah promosi offline. Jika kita lihat pada website, promosi dilakukan tidak kira secara online dan juga offline. Mereka promosi pada akhbar, teksi, brosur, kain rentang dan sebagainya. Kad nama salah satu promosi offline yang mana kita boleh mempromosikan blog kita :)

Blogwalking
Cara paling popular untuk mendapat trafik blog dengan mudah. Mudah melakukannya dan mudah juga untuk mendapat trafik kembali. Budaya blogwalking sangat bagus dikalangan blogger kerana masing-masing sudi membalas jejak yang ditinggalkan.
Adakah kaki blogwalking baca entry kita?
Ketika ini faktor tarikan blog adalah penting. Sop sendiri tidak akan baca entry jika blog kurang kemas sehingga sukar untuk baca entry dan lambat loading blog. Pastikan entry-entry diberikan tajuk menarik yang mampu tarik mereka yang singgah baca entry blog.

Ping Entry Blog
Banyak laman web yang menyediakan ping entry secara percuma. Malah, terdapat banyak group Facebook yang dibina bertujuan untuk ping entry. Setiap masa ada banyak entry yang dikongsi di laman yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Trafik biasanya datang daripada kalangan blogger yang ping entry tetapi terdapat juga laman ping yang bagus SEOnya. Sop pernah mencuba yang mana terdapat entry yang di'ping' lebih cepat tersenarai dalam injin carian berbanding link blog kita.

Kongsi di laman sosial
Sekarang ini, laman sosial sangat terpengaruh kerana rata-rata masyarakat menggunakan laman sosial. Terlalu banyak laman sosial jika hendak disenaraikan tetapi Sop percaya semua telah tahu laman mana yang sesuai. Selain kita kongsikan entry blog pada laman sosial, minta juga pelawat kongsikan entry kita kepada rakan lain. Pastikan blogger memasang butang kongsi pada setiap entry dikedudukan terbaik dan mudah.

Rumusannya, semua-semua sumber trafik di atas bermula daripada entry blog. Kita entry blog bagus dan menarik, pasti trafik akan baik. Fokus kepada penulisan dan sentiasa membuat entry yang mantap. Sumber trafik yang dinyatakan di atas hanya betul-betul berkesan jika blog kita baik dan menarik.

Banyak lagi sumber-sumber trafik yang boleh diperolehi. 
Mungkin rakan-rakan blogger boleh kongsi?


EmoticonEmoticon