Berus gigi yang betul untuk penjagaan gigi sempurna

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Produk penjagaan gigi
Berus gigi memainkan peranan yang penting untuk penjagaan gigi. Pemilihan berus gigi yang tepat membantu kita menjaga gigi lebih sempurna. Jika dahulunya, manusia menggunakan pelbagai jenis peralatan untuk memberus gigi seperti batang kayu, bulu burung, bulu ekor kuda dan sebagainya. Kini, berus gigi telah dipertingkatkan untuk memberikan pembersihan gigi yang sempurna.

Apa jenis berus gigi anda?
Sila simpan jawapan anda sehingga habis anda membaca entry ini.

Maklumat tentang pemilihan berus gigi yang betul telah Sop perolehi ketika menyertai acara "Bloggers Brushing Day!" anjuran Systema yang telah diadakan pada Sabtu lepas di Bangunan Bakti Siti Hasmah, Taman Tun Dr Ismail.

Kami telah dijemput makan terlebih dahulu sebelum aktiviti mencuba berus gigi bermula.

Menu yang disedikan
Dua jenis berus gigi telah diberikan kepada blogger iaitu jenis Curvy dan Slim. Kami perlu mencuba kedua-dua berus gigi tersebut untuk merasai perbezaannya.

Blogger mencuba berus gigi yang dibekalkan

Curvy dan Slim
Jika dilihat kepada kedua-dua jenis berus gigi tersebut, yang mana pilihan anda?
Jika dilihat pada reka bentuk, Sop telah memilih Curvy yang mana bentuk lebih hebat dan menyakinkan berbanding Slim yang nampak biasa. Oleh sebab itu, Sop memilih untuk mencuba Curvy terlebih dahulu dan kemudian Slim.

Setelah mencuba kedua-duanya baru Sop perasan perbezaan antara Curvy dengan Slim. Bentuk yang hebat dan menarik bukan penentu kepada keselesaan penggunaan. Berus gigi Slim dirasakan lebih selesa, dapat rasa boleh sampai ke celah-celah gigi dan lembut kepada gusi semasa memberusnya.

Apa rahsia berus gigi Slim?
Setelah membuat penilaian terhadap berus gigi berkenaan pada borang maklumbalas, sesi taklimat dimulakan  untuk menyingkap rahsia berus gigi Slim tersebut.

Miss Goh Cheng Looi , Senior Brand Manager - Systema
Miss Goh Cheng Looi telah mengungkap rahsia berus gigi tersebut dan seterusnya memberi penerangan tentang pemilihan berus gigi yang betul.

Berus gigi Slim yang digunakan tersebut adalah berus gigi jenama Systema yang mana hujung berus gigi tersebut bersaiz 0.02mm.

Kenapa perlu saiz 0.02mm?
Hujung bulu berus gigi merupakan bahagian paling penting pada berus gigi. Kajian oleh pihak Systema mendapati saiz hujung bulu berus gigi yang paling ideal ialah 0.02mm untuk memastikan ia dapat mencuci di celah-celah gigi dan gusi. Jika saiz bulu berus gigi terlalu kecil, ia tidak memberi kesan pembersihan kerana terlalu lembut. Systema 0.02mm walaupun lembut kepada gusi tetapi kental kepada pluk.

Kenapa perlunya saiz 0.02mm
Sekiranya berus gigi terlalu keras, banyak kesan negatif kepada gigi dan gusi seperti menyebabkan gigi menjadi nipis akibat hakisan dan gusi tercedera. Kita selalu fikir berus gigi yang keras memberikan pencucian gigi yang lebih baik tetapi sebenarnya memberi kesan negatif lain. Jika gigi telah haus dan nipis, wujud risiko gigi sensetif dan gigi menjadi tidak putih.

Berus yang keras akan hakiskan gigi
Setelah penerangan tersebut, baru Sop sedar kepentingan berus gigi untuk penjagaan gigi. Bukan design, bukan keselesaan tetapi hasil penggunaan adalah yang terpenting! Kita memerlukan berus gigi yang betul untuk penjagaan gigi yang terbaik.

Systema 0.02mm telah dikeluarkan dalam 5 pilihan untuk kesesuaian semua pengguna iaitu:

  • Compact
  • Comfort
  • Full Head
  • Bi level
  • Sensitive
Setiap bentuk mempunyai cici-ciri tersendiri untuk kesesuaian pengguna seperti Sensitive untuk gigi sensitif.

Pilihan jenis berus gigi Systema 0.02mm
Mana pilihan anda?
Setelah membaca penerangan di atas, adakah jawapan anda masih sama seperti persoalan awal entry?

Jika telah menggunakan berus gigi Systema 0.02mm, anda pasti telah tahu kesan dan perbezaannya. Tetapi kepada anda yang belum guna dan masih tidak yakin dengan Systema 0.02mm, sila dapatkan sample percuma berus gigi Systema 0.02mm dengan lawat laman Facebook Systema 0.02mm. Setiap orang akan dihantar satu sample Systema 0.02mm secara percuma dan buat penilaian sendiri sama ada sama atau tidak dengan penerangan Sop.

Blogger Sabrina Tajudin
Terima kasih kepada pihak Systema yang telah menjemput Sop untuk hadir ke acara "Bloggers Brushing Day!" Banyak maklumat yang Sop perolehi terutama dalam pemilihan berus gigi.

Maklumat lanjut mengenai berus gigi Systema, sila layari http://www.southernlion.com.my/en/product/systema.html

Semoga maklumat yang Sop kongsikan ini mendapat faedah bersama.
Previous
Next Post »