14 June 2013

Bagpack murah untuk DSLR

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Setiap pembelian DSLR akan diberikan 1 set camera dan beg. Beg DSLR biasanya berbentuk sling bag. Bagi penggunaan biasa, sling bag tiada masalah untuk digunakan tetapi kurang selesa jika jenis bergerak aktif atau menunggang motosikal.

Bagpack DSLR Buffalo
Oleh sebab itu, Sop cuba mencari bagpack yang sesuai dengan penggunaan Sop. Bagi pengguna DSLR seperti Sop yang memiliki set basic sahaja, tidak perlu mendapatkan bagpack yang besar-besar. Cukup sekadar memuatkan badan DSLR dan lens sahaja. Sop ketika ini tidak memiliki sebarang aksesori dan tidak bercadang untuk membeli dalam masa terdekat.

Hasil carian didapati kebanyakkan bagpack bersaiz besar dan profesional. Terdapat ruang yang banyak untuk aksesori dan boleh masukkan laptop. Harga juga boleh tahan! Apabila meninjau harga di kedai kamera, harga lebih tinggi berbanding yang ditawarkan di laman mudah.my.

Saiz sederhana dan ada 2 bahagian
Setelah puas membuat tinjauan, akhirnya Sop berminat dapatkan bagpack jenis Buffalo. Bentuk yang menarik dengan harga berpatutan. Bufalo bukalah dari jenama yang hebat tetapi memadai untuk pengguna amatur seperti Sop. Hehehe Terdapat ruang simpanan basic tetapi tiada ruang untuk laptop.

Penggunakan bagpack DSLR cukup selesa dan mudah. Ia tidak menggangu jika Sop mendukung Auni atau berlari mengejar Auni. Hehehe

Anda guna beg apa untuk kamera anda? 


EmoticonEmoticon