06 June 2013

Aktiviti cuti sekolah - melawat Aquaria KLCC 2013

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Apa program cuti sekolah ini?
Ibubapa pasti telah merangka beberapa aktiviti untuk anak-anak mereka yang sedang cuti sekolah termasuk Sop sendiri. Pasti bosan anak-anak jika hanya berada di rumah sepanjang cuti sekolah selama 2 minggu ini.

Aktiviti cuti sekolah - melawat Aquaria KLCC 2013
Selamat datang ke Aquaria KLCC
Aktiviti cuti sekolah kali ini kami mulakan dengan melawat Aquaria KLCC. Kali terakhir kami ke Aquaria KLCC ialah semasa Azfar dan Azwar masih kecil. Mungkin masa itu, Azfar dan Azwar belum teruja berbanding sekarang melawat Aquaria KLCC :)

Seperti yang disangka, Aquaria KLCC pasti dipenuhi dengan pengunjung pada setiap cuti sekolah. Bukan Sop sahaja yang bawa anak-anak ke Aquaria KLCC pada cuti sekolah :)

Kami telah mengambil tiket pakej keluarga iaitu 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Nasib baik Auni belum lagi kena tiket. Hehehe

Sepanjang melawat Aquaria KLCC, Azfar dan Azwar sungguh seronok melihat kehidupan yang dipamerkan. Antara haiwan yang terdapat di Aquaria KLCC ialah katak, ular, serangga, buaya, kura-kura, tikus air dan pelbagai jenis ikan air tawar dan masin.

Azfar dan Azwar teruja juga apabila melihat ikan-ikan yang cukup besar terdapat di Aquaria KLCC. Malah Sop sendiri kagum dengan ikan-ikan yang cukup besar dan cantik yang dipamerkan.

Sebelum keluar, tiba masa untuk program memberi makan kepada ikan jerung yang berada dalam kolam tersebut. Peluang ini tidak kami lepaskan untuk melihat pekerja memberi makan kepada ikan-ikan jerung. Cara memberi makan ialah dengan mereka menyelam di dalam kolam tersebut. Pengalaman yang cukup berharga kepada kami sekeluarga. Mana pernah lihat sebelum ini ikan jerung diberi makan :)

Paling penting, cuti sekolah ini dapatlah kami jalankan aktiviti keluarga. Anak-anak tidak bosan kerana berada di rumah selama 2 minggu.

Cuti sekolah juga masa untuk kita berjalan-jalan bukan?

Galeri gambar:

Aktiviti cuti sekolah - melawat Aquaria KLCC 2013
Ikan Pirana

Aktiviti cuti sekolah - melawat Aquaria KLCC 2013
Ikan elektrik

Aktiviti cuti sekolah - melawat Aquaria KLCC 2013

Aktiviti cuti sekolah - melawat Aquaria KLCC 2013
Putera katak

Aktiviti cuti sekolah - melawat Aquaria KLCC 2013
Ikan Amazon

Aktiviti cuti sekolah - melawat Aquaria KLCC 2013
Auni pun seronok tengok ikan

Aktiviti cuti sekolah - melawat Aquaria KLCC 2013
Lari...!! Jaws

Aktiviti cuti sekolah - melawat Aquaria KLCC 2013

Aktiviti cuti sekolah - melawat Aquaria KLCC 2013
Dapat sekor untuk bakar ok juga kan?

Aktiviti cuti sekolah - melawat Aquaria KLCC 2013

Aktiviti cuti sekolah - melawat Aquaria KLCC 2013
Ketam gergasi

Aktiviti cuti sekolah - melawat Aquaria KLCC 2013

Aktiviti cuti sekolah - melawat Aquaria KLCC 2013
Pertunjukan memberi makan kepada jerung

Aktiviti cuti sekolah - melawat Aquaria KLCC 2013

Nota kaki: Lama pula tersimpan dalam draf entry. Aktiviti minggu lepas :)


EmoticonEmoticon