Video penyertaan Nuffnang Blogbuster gagal

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Nuffnang Blogbuster
Emel makluman Nuffnang Blogbuster
Nuffnang Blogbuster tidak asing lagi kepada ahli Nuffnang kerana ramai blogger telah bercerita tentangnya. Malah semua ahli Nuffnang akan menerima jemputan untuk menyertai Nuffnang Blogbuster.

Baru-baru ini Sop telah menghantar beberapa video untuk penyertaan Nuffnang Blogbuster "Acer Hybrid Ultrabook" tetapi tidak berjaya. Ini kerana video yang dihantar tidak memenuhi kriteria yang diperlukan. Huhuhu

Untuk menyertai Nuffnang Blogbuster, ahli Nuffnang perlu menghantar video berdasarkan penerangan yang telah diberikan. Contoh juga diberikan untuk memudahkan peserta faham kehendak kempen tersebut. Namun begitu, tidak mudah untuk membuat video terutama mengikut kehendak dan penerangan yang telah diberikan.

Sukar membuat video pendek?
Bagi yang tidak berpengalaman seperti Sop pasti sukar untuk membina video seperti dikehendaki. (Lainlah jika video ikut suka sendiri). Beberapa punca kesukaran untuk membuat video adalah seperti berikut:

  • tiada idea untuk merakam idea seperti diperlukan
  • malu untuk jadi pelakon
  • kekurangan peralatan dan bantuan
  • tidak mengikut kriteria yang diperlukan
Nuffnang Blogbuster ini adalah perkara baru dan Sop perlu mencubanya untuk mendapat pengalaman. Daripada situ, kita tahu apa Nuffnang Blogbuster, cara pengendalian, membuat penambahbaikan dan sebagainya.

Nuffnang Blogbuster ini menarik kerana jika terpilih menyertainya, video akan dipaparkan pada iklan blog kita. Setiap pelawat yang 'play' sehingga tamat video tersebut akan memberi kita pendapatan 50 sen. Agak mudah mendapat pendapatan berbanding iklan per klik Nuffnang tetapi susah juga sebenarnya kerana pelawat blog perlu 'play' video tersebut. Paling mudah ialah CPUV yang mana setiap paparan iklan akan mendapat pendapatan Nuffnang. Malangnya pula susah pula untuk dapat CPUV.. Hehehe

Setiap kemahuan pasti ada jalan. Untuk berjaya mendapat Nuffnang Blogbuster, Sop kena berusaha untuk perbaiki persembahan video. Hasil pengalaman kegagalan sebelum ini akan digunapakai untuk buat yang lebih baik.

Anda ada menghantar penyertaan Nuffnang Blogbuster?

Previous
Next Post »