Video - Ini siapa Auni?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pasti seronok bila anak telah pandai panggil panggilan ibubapa bukan?
Perkembangan yang pasti ditunggu-tunggu apabila anak mula pandai belajar. Ada yang ternanti-nanti agaknya nama siapa yang dipanggil dahulu, papa atau mama?

Auni pandai menyebut panggilan papa adalah hasil ajar Sop kepada Auni. Selalu ajar sehingga boleh lekat panggilan papa. Rasanya Auni belum faham apa 'papa' tersebut. Beliau hanya panggil 'papa' kerana telah diajar begitu.

Tetapi siapa kisahkan? Yang penting, apabila Sop tanya pasti jawapannya 'PAPA' Heheheh
Seronok sangat!

Jom layan Keek berjaya dirakam:


May 14, 2013 | ini sapa Auni? by gnesop on Keek.com
Previous
Next Post »