26 May 2013

Restoran Killiney Kopitiam KLCC

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah singgah minum atau makan di Restoran Killiney Kopitiam KLCC?

Restoran Killiney Kopitiam KLCC
Ini adalah kali pertama Sop singgah minum di Restoran Killiney Kopitiam KLCC ini. Ini kerana semalam kami sekeluarga telah ke Aquaria KLCC untuk program cuti sekolah. Entry jalan-jalan sekitar Aquaria KLCC akan menyunsul kemudian.

Seperti biasa, setelah penat meronda di Aquaria KLCC, mesti rasa dahaga bukan?
Keluar sahaja dari Aquaria KLCC, kami terus singgah minum di Restoran Killiney Kopitiam KLCC yang terletak di luar Aquaria KLCC.

Menu Restoran Killiney Kopitiam KLCC tiada beza dengan kopitiam yang lain. Oleh kerana masa tersebut waktu petang, menu terbaik untuk kami ialah minum petang :) Sebenarnya dahaga yang lebih, bukan lapar Hehehe

Kami telah memesan otak-otak dan keropok lekor. Agak jarang kopitiam ada menu ini bukan?
Untuk minum petang, sesuai sangat kami makan ringan-ringan sahaja :)

Nama restoran Killiney ini ialah nama jalan yang terdapat di Singapura iaitu Killiney Road. Kopitiam yang asal berada di Killiney Road ini telah bermula sejak tahun 1919. Jika di Malaysia, ia kiranya sama dengan Restoran Old Town White Coffee :)

Otak-otak yang dipesan sedap juga (kira ada rasa juga otak-otak) Bagi keropok pula, orang Terengganu mesti tidak hairan kerana keropok Terengganu jauh lebih sedap. Tetapi itu di Terengganu! Jika di Kuala Lumpur, semua jadi sedap bukan? Hehehehe

Jom layan gambar:











  


EmoticonEmoticon