12 May 2013

Pertama kali Auni bermain di Pusat Permainan Jusco

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Fantasy Land Jusco semestinya menjadi tumpuan kepada kanak-kanak yang datang ke Jusco. Pelbagai jenis permainan yang ada pasti tidak memjemukan.

Semasa Azfar dan Azwar kecil, Pusat Permainan Jusco ini antara tempat tumpuan. Sekarang sudah besar sikit, kami tidak lagi galakkan untuk mereka bermain. Hanya kadang-kadang jika kesempatan.

Kini giliran Auni pula untuk bermain di Pusat Permainan Jusco. Pengalaman pertama Auni dapat masuk ke Fantasy Land pasti memberi pengalaman baru. Auni bebas memilih permainan dan berjalan ke sama ke sini.

Walaupun teruja tetapi Auni masih takut-takut. Mungkin banyak perkara yang masih baru di dalam pusat permainan tersebut.

Sebagai ibubapa, kami boleh memantau dari jauh kerana tahap keselamatan lebih baik tetapi tidak boleh leka :)

Agaknya selepas ini tidak boleh jumpa pusat permainan lah kot? Huhuhu


EmoticonEmoticon