10 May 2013

Pasang pintu Bi-fold kat dapur

Selamat sejahtera kepada semua.

PintuBi-fold

Pernah dengar tentang pintu Bi-fold?
Pintu Bi-fold ini ialah pintu yang biasa dipasang pada tandas atau ruang yang kecil. Pintu Bi-fold ini sangat me jimatkan ruang dan harga juga rendah.

Bi-fold ini biasanya dipasang pada pintu tandas dan bilik air kerana material yang diperbuat daripada aluminium serta plastik tahan karat. Ia juga menjimatkan ruang kerana reka bentuknya yang praktikal.

Kami telah memasang pintu bi-fold ini di ruang dapur untuk memberi perbezaan ruang antara dapur basah dan dapur kering. Pada asalnya ruang dapur atau yard tersebut mempunyai pintu tetapi terpaksa dibuka kerana apabila yard telah dipasang karbinet, pintu tersebut telah menyempitkan ruang. Kami gantikan pintu tersebut dengan pintu bi-fold.

Pintu bi-fold sekarang ini mempunyai banyak design dan corak di pasaran. Semasa kami singgah di kedai untuk membuat tempahan, 2 buah buku design diberikan kepada kami. Susah juga hendak pilih apabila terlalu banyak pilihan bukan? :)

Tempoh tempahan pintu bi-fold selepas ukuran diambil memakan masa 1 hingga 2 minggu untuk siap. Proses pemasangannya hanya mengambil masa 25 minit sahaja :)

Kos untuk pemasangan pintu bi-fold ini ialah RM480 sahaja. Berminat? Sila ke kedai pintu yang berhampiran rumah anda. Huhuhi

Pemasangan frame

Sudah siap
Apabila dibuka


EmoticonEmoticon