28 May 2013

Meter minyak motor rosak!

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Meter minyak penting untuk memberikan maklumat jumlah minyak yang terdapat dalam tangki motor kepada pengguna.

Bagaimana jika meter minyak rosak?
Adalah menjadi masalah kepada pengguna motosikal jika meter rosak yang mana maklumat jumlah minyak tidak dapat diketahui.

Perkara ini berlaku kepada Sop yang mana motosikal Honda EX5 mengalami sedikit masalah meter minyak yang mana kedudukan jarum meter minyak tidak betul. Ia masih berfungsi tetapi jika diisi minyak penuh, jarum hanya berada di tangga setengah sahaja.

Menjadi masalah apabila anggaran minyak yang dijangka masih ada meleset dan kesannya motor kehabisan minyak! Berpeluh juga hendak menolak walaupun tidak begitu jauh! Nasib ada penunggang lain yang prihatin membantu menolak hingga ke stesyen minyak.

Sebelum ini pernah berlaku kes yang sama dimana terlupa mengisi minyak kerana disangka masih ada tetapi kehabisan. Dengan nyawa-nyawa ikan keadaan motosikal bergerak ke stesyen minyak!

Terasa sungguh keperluan meter minyak ketika ini. Nampaknya ada masa terluang Sop perlu ke bengkel motosikal untuk perbaiki meter minyak tersebut.

Anda pernah hadapi masalah kehabisan minyak kenderaan?

1 comment:

  1. Meter moto ex5 saya jadi mcm ni jugak. Abang buat mcm mana

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon