Melukis membentuk kreativiti anak

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Melukis dapat membentuk kreativiti anak-anak kerana setiap lukisan yang dilukis memerlukan gambaran daripada otak. Setiap idea yang ada akan dipandahkan kepada kemahiran fizikal iaitu melakar.

Sejak kecil anak-anak akan minat menconteng dan melukis. Ia adalah perkembangan yang biasa yang mana anak-anak akan cuba melukis apa yang mereka hendak. Sebagai ibubapa kita perlu beri bimbingan dan sokongan agar lukisan menjadi lebih baik.

Kawalan juga perlu oleh ibubapa untuk memastikan lukisan anak-anak tidak merapu dan tidak bermakna. Malah aktiviti melukis juga perlu dikawal untuk diseimbangkan dengan aktiviti pembelajaran lain. Jika dibiarkan pasti hanya melukis sahaja kerjanya nanti. Huhuhu

Anak-anak Sop suka melukis dan gambar kartun selalu menjadi kegemaran untuk dilukis. Kadang kala ada juga ada dilukis gambar-gambar pemandangan. Dari situ kita boleh lihat kreativiti yang ada pada anak-anak.

Siapa agaknya masa kecil tidak suka melukis? Huhuhu

Previous
Next Post »