22 May 2013

Domino's Pizza kegemaran kami sekeluarga

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Domino's Pizza
Domino's Pizza
Siapa peminat Domino's Pizza?
Sop percaya ramai yang meminati makanan daripada Domino's Pizza bukan?

Ini adalah entry berkongsi sahaja tentang Domino's dan bukan entry sponsor :)

Domino's Pizza diminati kerana ia mempunyai kelebihan-kelebihan yang tersendiri. Paling Sop suka tentang Domino's Pizza ialah roti pizzanya yang nipis dan rangup. Rasa pizzanya mestilah sedap bukan?

Jangan lupa untuk memesan Cheese Burst Double Decker yang mana lapisan roti pizza di tambah dengan keju. Peminat keju pasti tidak melepaskan peluang untuk menambah extra keju pada pizza Domino's Pizza ini.

Sop agak jarang untuk makan di restoran Domino's Pizza kerana selalu membuat pesanan secara online untuk dihantar ke rumah. Namun jika tempahan online penuh, terpaksa ke restoran Domino's Pizza untuk makan atau bungkus. Domino's Pizza kurang memberi fokus kepada pelanggan untuk makan di restoran. Oleh sebab itu, ruang restoran Domino's Pizza tidak begitu besar.

Masih ingat mula-mula membuat pembelian di kaunter Domino's Pizza, yang mana biasanya bila di kaunter kita terus membuat tempahan. Rupanya tidak, apabila di kaunter Domino's Pizza, nombor telefon yang akan diminta dahulu. Punyalah kita beria-ria bagi tahu set yang kita hendak pesan, rupanya nombor telefon yang ditanya. Aduhai... Hehehe

Jom layan gambar makan-makan Domino's Pizza :)


Domino's Pizza

Domino's Pizza

Domino's Pizza

Domino's Pizza

Domino's Pizza

Domino's Pizza

Domino's Pizza
Cawangan Domino's Pizza Danau Kota


EmoticonEmoticon