03 May 2013

Cucuk Auni untuk umur 1 tahun

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Apabila umur setahun, kenalah cucuk yer Auni :) Kali terakhir cucuk ialah semasa umur 6 bulan.

Biasanya risau selepas cucuk bayi akan demam. Kami sekarang ini cucuk di klinik swasta sahaja kerana malas hendak menunggu lama di klinik kerajaan. Huhuhu

Semalam semasa cucuk Auni semua berjalan lancar. Semasa timbang, berat Auni ialah 9.4 kg. Berat yang ideal untuk bayi berumur 1 tahun.

Paling best, tidak sempat Auni nangis urusan cucuk telah selesai. Memang best berurusan dengan doktor 'otai'. Klinik yang Sop pergi ini memang tempat kami sekeluarga selalu pergi di Taman Seri Rampai :)

Semalam Auni sedikit dedar hendak demam tetapi tahap kelasakan dan tidak duduk diam mengatasi demam :) Macam tiada apa sahaja setakat demam sikit-sikit. Apabila sebelah malam, demam sedikit naik terpaksa diberi ubat demam pagi tadi untuk mengelak dari berterusan.

Selepas ini, tunggu umur Auni 18 bulan untuk cucuk seterusnya :)


EmoticonEmoticon