27 April 2013

Sudah selesai isi e-filling 2012?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Borang terlah berjaya dihantar

Sudahkan anda mengisi e-filing 2012?
Jika belum, masih ada beberapa hari lagi sebelum pengisiannya ditutup iaitu pada 30 April 2013.

Bagi yang pernah mengisi e-filing memang tiada masalah untuk mengisinya kerana sudah ada pengalaman. Bagi pengisian kali pertama, beberapa langgah awal yang diperlukan iaitu permohonan no.pin dan login kali pertama. Beberapa maklumat adalah diperlukan untuk diisi.

Semasa pengisian kali pertama, Sop terus buat di Cawangan LHDN kerana mudah untuk bertanya sekiranya terdapat sebarang masalah.

Bagi pengisian-pengisian seterusnya, semua telah mudah kerana hanya klik login dan terus mengisi maklumat pendapatan dan lain-lain.

Biasanya yang susah ialah untuk meluangkan masa bagi mengisi borang e-filing. Asyik tangguh-tangguh hingga ke saat akhir. Ketika itu pasti server akan sesak dan banyak masalah akan timbul. Sebaiknya elakkan masa-masa terakhir :) (Macam la Sop awal sangat! Heheheh)

Kepada yang telah mengisi e-filing, tahniah Sop ucapan :) Kepada yang belum, masih ada masa untuk anda berbuat demikian.

Sila lawat http://e.hasil.gov.my untuk maklumat lanjut.


EmoticonEmoticon