26 April 2013

Roti canai teh tarik

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sarapan sangat penting untuk diambil oleh semua orang untuk membekalkan tenaga. Jumlah kalori yang diambil perlu sesuai dengan tenaga yang akan digunakan.

Wah, Sop dah macam pakar permakanan pula :)

Roti canai dan teh tarik tidak asing lagi dalam menu sarapan harian warga Malaysia. Sop sendiri suka menu roti canai dengan teh tarik ini. Jik boleh setiap minggu mesti ada sekali layan roti canai. Biasa Sop akan pilih roti telur atau roti bawang dengan nescafe :)

Inilah menu sarapan Sop pagi ini, rasanya cukup tenaga untuk tengah hari :)

Apa menu sarapan anda pagi ini?


EmoticonEmoticon