09 April 2013

Roti canai kaki ayam Kampung Bharu

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Kaki ayam bersama kuah dal
Pernah makan roti canai kaki ayam?
Roti canai kaki ayam merujuk kepada roti canai kuah dal yang penuh kaki ayam. Bukan dalam roti canai tersebut ada kaki ayam macam roti telur atau roti sardin tu yer :)

Apa yang menariknya dengan gerai roti canai kaki ayam ini?
Ia menjadi tarikan kepada pengunjung kerana pengunjung bebas boleh mengambil seberapa banyak kaki ayam semasa mengambil kuah dal tersebut. Bagi peminat kaki ayam, Sop lihat masing-masing mengambil berketul-ketul kaki ayam hingga penuh bekas kuah tersebut. Ia adalah percuma jika makan bersama dengan roti canai.

Gerai roti canai kaki ayam ini terletak di depan Menara Bank Pertanian atau Menara DBKL Kampung Bharu. Ruang gerai juga adalah luas dapat menampung ramai pengunjung.
Selain roti canai kaki ayam, nasi lemak kukus juga ada di gerai ini dengan pelbagai jenis lauk yang boleh dipilih.

Bagi pengemar kaki ayam, harus singgah untuk makan roti canai kaki ayam ini.

Bismillah.. 

Berketul-ketul kaki ayam diambil :)

Peta untuk ke gerai Roti Canai Kaki Ayam Kampung Bharu:


EmoticonEmoticon