17 April 2013

Projek kosongkan akaun Nuffnang dan ChurpChurp

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Agak lama tidak buat entry mengenai Nuffnang atau ChurpChurp ini. Mungkin sebab tidak aktif dan tidak pasang iklan Nuffnang buat beberapa ketika. Ini kerana Sop ketika itu memasang iklan Google Adsense. Tidak mahulah pasang iklan terlalu banyak, sebab itu iklan Nuffnang direhatkan dahulu.

Tetapi kini Google Adsense telah memblok domain sop.name.my jadi Sop perlulah masukkan iklan Nuffnang balik. Google Adsense telah blok domain ini kerana dikatakan ada entry telah melanggar TOS mereka. Apa boleh buat? Redha sahajalah :)

Akaun Nuffnang agak lama terbiar dan berusik. Sebelum ini hendak cashout tetapi sayang. Rasa hendak kumpul bagi banyak tetapi tidak juga banyak! Huhuhu

Miskin dah :)

Untuk memulakan perjalanan baru, rasanya elok Sop kosongkan akaun Nuffnang. Baru rasa fresh dan semangat baru bukan? Hehehe

Kadang kala jeles juga dengan rakan-rakan yang sering papar cek daripada Nuffnang! Sop pun hendak juga! huhuhu

Untuk itu, Sop telah cashout daripada Nuffnang dan ChurpChurp untuk memulakan hidup baru selepas kecewa di blok oleh Pakcik Google! Walaupun nilai tidak banyak mana, sekurang-kurangnya boleh menjadi penyuntik semangat untuk kumpul duit dari Nuffnang (Adoi!! Macam boleh jer.. Hehehe)

Kepada Abang Nuffnang, silalah bagi CPUV kepada Sop! Hajat dihati hendak jadi jutawan Nuffnang! Hehehe

Terima kasih kerana membaca entry merapu ini :)

Kena menabung balik untuk lyak cashout :)


EmoticonEmoticon