28 April 2013

Pameran HOMEDEC 2013 Kuala Lumpur

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pameran HOMEDEC 2013 Kuala Lumpur

Sedang menantikan pameran ubahsuai rumah?
Pameran HOMEDEC 2013 akan bermula ada 1 - 4 Mei 2013 ini pasti dinanti-nanti ramai. Sebelum ini telah berlangsung di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu dan kini di Kuala Lumpur.

Jika anda sedang merancang untuk mengubasuai atau mencari kelengkapan rumah, ini adalah pameran yang sesuai. Pelbagai jenis barangan dan ubahsuai rumah akan terdapat di Pameran HOMEDEC 2013 ini.

Tahun lepas, jiran rumah Sop mendapatkan barangan kelengkapan bilik. Sangat menarik kerana terdapat banyak pilihan daripada pelbagai pembekal dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan.

Selain pameran, terdapat cabutan bertuah dengan hadiah yang menarik seperti Wang Tunai RM20,000 setiap hari, peraduan hadiah sejumlah RM100,000, seminar dan sebagainya.

Pameran HOMEDEC 2013 ini akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center bermula jam 8 pagi hinga 8 malam.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Pameran HOMEDEC 2013


EmoticonEmoticon