14 April 2013

P1 Merakul Anugerah Emas Untuk Strategi Media

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Ucapan tahniah daripada Sop kepada pihak P1 yang telah merakul Anugerah Emas untuk Strategi Media di Majlis Anugerah Kecemerlangan Pemasaran. Berikut adalah laporan mengenai kejayaan P1 dalam majlis tersebut:

Tahniah P1
Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (“P1”), pengendali 4G terkemuka di Malaysia dan Asia Tenggara, yang sangat dikenali melalui kempen pemasarannya yang berani dan mengujakan telah merangkul Anugerah Emas untuk 'Kecemerlangan dalam Strategi Media' di Majlis Anugerah
Kecemerlangan Pemasaran bagi kempen 'Tukar Tak Tukar'. P1 juga merupakan finalis dalam kategori 'Kecemerlangan dalam Pengiklanan' untuk kempen yang sama.

Kempen ‘Tukar Tak Tukar’ (http://www.p1.com.my/tukartaktukar/), yang berlangsung dari bulan Oktober hingga Disember 2012, menggunakan pilihanraya sebagai tema bagi ‘berkempen’ untuk menuntut perubahan daripada penggunaan 3G kepada pelan jalur lebar 4G P1 yang memberikan
kuota penggunaan lebih banyak dan rebat menarik. Ini membangkitkan kontroversi yang menepati gaya pemasaran P1, membuatkan audien beranggapan ia adalah propaganda politik semasa fasa ‘teaser’, bila mana ia hanyalah sebuah kempen laman mikro P1 yang tidak mendedahkan identiti sebenar P1.

"P1 biasanya mendapat pengiktirafan bagi kreatif kami yang lucu dan berani, oleh itu menjadi pemenang Anugerah Emas untuk Strategi Media kali ini adalah pengalaman yang pelik dan indah," kata Shirley Ah Yong, Pengarah Jenama & Pemasaran P1. “Anugerah ini tetap sangat bermakna dan membuktikan
usahasama semua pasukan di P1 telah meningkat dengan efektif walaupun terpaksa bekerja dalam suasana bajet yang sederhana. Bukan sahaja ia telah membuahkan hasil dalam aspek pemasaran malah para panelis telah mengesahkan bahawa kami telah melaksanakannya dengan betul!”

Finalis dan pemenang telah diadili mengikut kriteria-kriteria utama berikut -cabaran utama, strategi, pelaksanaan dan keputusan.Panel hakim terdiri daripada para profesional kanan daripada agensi-agensi industri dan akademik.

Turut terpilih sebagai finalis dalam kategori 'Kecemerlangan dalam Pengiklanan', P1 menyifatkan kejayaannya adalah bersandarkan hubungan kerja yang baik selama ini dengan rakan-rakan agensi untuk memastikan pelaksanaan kempen dan projek dapat disempurnakan sebaik-baiknya, menepati sasaran dengan keputusan yang dikehendaki.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada agensi-agensi untuk pencapaian cemerlang kempen ini, K-Gic Advertising bagi perancangan media dan Mega Advertising untuk keaslian kreatif yang menepati penjenamaan ," kata Shirley.

Menurut Joe Lee, Pengarah Urusan K-Gic Advertising,agensi perancang media untuk kempen 'Tukar Tak Tukar, “Kami mempunyai kempen yang sangat menarik untuk dimulakan dan kami telah bekerja keras bersama-sama dengan klien kami untuk mencapai keputusan yang disasarkansupaya ia dapat
memaksimumkan pulangan pelaburan mereka. Ia adalah tugas yang membawa kepuasan, dan kini ia lebih bermakna dengan pengiktirafan daripada anugerah ini.”

Pemenang-pemenang kategori Anugerah Perak dan Gangsa untuk 'Kecemerlangan dalam Strategi Media' adalah Berita Harian bagi ‘Kempen Rombakan’ dan TNT Express Malaysia bagi kempen 'Publisiti dan Promosi Akhbar Sedunia 2012'. Untuk kategori 'Kecemerlangandalam Iklan', Lipton adalah pemenang Anugerah Emas manakala Dutch Lady memenangi Anugerah Perak, dan Citibank telah membawa pulang Anugerah Gangsa.

Anugerah Kecemerlangan Pemasaran adalah acara terulung di Malaysia yang meraikan kecemerlangan merentas keseluruhan spektrum perkhidmatan perhubungan pemasaran, mengiktiraf organisasi yang telah berusaha meningkatkan imej jenama ke arah kecemerlangan, melalui strategi pemasaran
yang kukuh dan inovatif.

Bersempena acara khas yang sulung ini, penganjur telah menerima 100 permohonan untuk 16 kategori anugerah. Pemenang-pemenang Anugerah Kecemerlangan Pemasaran ini melambangkan kecemerlangan dalam perniagaan yang mereka wakili dan mereka akan ditampilkan dalam rencana khas tahunan sebagai panduan yang akan menjadi kegunaan para pemasar dan agensi-agensi sebagai sumber penanda aras yang tidak ternilai.


EmoticonEmoticon