Menonton Filem Ironman 3

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Auni suka Ironman 3?
Sudah menonton filem Ironman 3?
Sop dan keluarga baru sahaja menonton semalam. Filem yang dinanti-nantikan oleh anak-anak Sop. Sejak Ironman pertama lagi mereka telah menonton filem Ironman ini. Siap ada DVD lagi untuk menonton kadang-kala :)

Ironman 3 lebih menarik berbanding Ironman 2 tetapi tidak begitu hebat kerana aksi tidak terlalu banyak. Namun begitu, jalan cerita adalah menarik dan berkesan. Ada aksi-aksi yang membawa penonton ketawa dan cemas!

Pada peringkat awal, perjalanan cerita agak perlahan sedikit membosankan sehingga pertengahan baru lebih banyak aksi baru muncul.

Beberapa perubahan telah dibuat pada Ironman 3 ini seperti baju boleh dikawal tanpa memakainya, boleh bersambung pada Mr Stark dengan terus melekat pada badan dan telah banyak robot telah dicipta oleh Mr Stark.

Apa yang Sop harapkan ialah lebih banyak aksi yang melibatkan robot tetapi tidak. Ini kerana penjahat dalam Ironman 3 ini mempunyai kuasa yang berlainan.

Secara keseluruhan, Ironman 3 menarik dan menghiburkan. Anak-anak juga seronok untuk menonton filem Ironman 3 ini. Tidak begitu mengecewakan walaupun tidak mencapai kehendak Sop :) Huhuhu

Kepada yang belum menonton, pastikan anda menonton Ironman 3 di pawagan yang berdekatan :)

Nota kaki: Nasib baik sepanjang cerita Ironman 3, Auni tidur. Dapat kami menonton dengan tenang ... huhuh

Sebelum masuk panggung belum tidur :)
Previous
Next Post »